Monday, December 12, 2011

Kisah Si Penggunting Rambut

mardux berkata: cerita yang diceduk Jumaat lepas, sebuah masjid di Shah Alam menyentuh soal pentingnya aqidah di dalam khutbah Jumaatnya. Khatib ada membawakan sebuah cerita yang menarik dan saya rasa ingin mengongsikan kisah tersebut di blog ini. Berikut adalah kisah tersebut dengan sedikit ubahsuai versi saya: Pada suatu petang, seorang lelaki datang ke kedai gunting rambut untuk memendekkan rambutnya yang agak panjang dan tidak terurus. Seperti biasa, si penggunting rambut menyambut pelanggannya dengan mesra dan mempersilakannya duduk. Sedang si penggunting rambut melakukan kerjanya, mulutnya tidak berhenti bercerita. Macam-macam dibualkan menyentuh isu semasa dan kehidupan harian. Tiba-tiba si penggunting rambut itu bertanya suatu soalan yang agak berat. “Tuhan ni wujud ke?” tanya si penggunting rambut. Lelaki tersebut terkejut dengan soalan tersebut. Belum pun sempat nak menjawab, si penggunting rambut menyambung percakapannya. “Kalau Tuhan wujud kenapa dunia ni huru-hara, manusia saling berperang dan benci sesama manusia? Tuan tengoklah berita, di sana berperang di sini berperang. Asyik bergaduh sahaja di mana-mana…” adu si penggunting rambut. “Lihat di negara kita, sana sini buang bayi. Kes bunuh pun selalu keluar di akhbar. Masalah sosial lagi. Rasuah lagi. Teruklah!” sambungnya lagi menyatakan kekesalan. “Tuhan tu ada.” Jawab si lelaki itu singkat. Risau melihat semangat si penggunting rambut itu dengan gunting tajam di tangannya. “Kalau betul Tuhan ada, kenapa DIA tak selesaikan semua masalah tu? Dan buat semuanya jadi aman sahaja? Kan senang!” ujar si penggunting rambut yang umurnya 40-an itu. Selepas beberapa minit berlalu, sesi guntingan rambut pun selesai. Selesai membayar, si lelaki mengajak si tukang gunting melihat ke luar tingkap. “Encik lihat tak lelaki-lelaki remaja di sana? Dan pakcik tua di seberang jalan tu yang sedang duduk tu?” tanya lelaki itu. “Ya, saya nampak. Kenapa?” si penggunting rambut bertanya kembali. “Lelaki remaja tu rambutnya panjang, nampak tak senonoh kan? Dan pakcik tua tu pula misainya tak terurus nampaknya. Setuju tak?” Lelaki itu meminta pandangan. “Ya, betul. Saya setuju.” si penggunting rambut mengiyakan sambil mengangguk. “Mereka jadi macam tu sebab tukang gunting rambut tiada kah?” tiba-tiba lelaki itu mengajukan soalan ‘istimewa’ kepada si penggunting rambut. “Eh, tak. Bukan sebab tu. Ni saya ada ni.” Si penggunting rambut menafikan. “Habis tu kenapa lelaki-lelaki remaja itu berambut panjang dan pakcik tua itu tidak tersusun misainya?” lelaki tersebut bertanya kembali. “Tu sebab mereka tak datang jumpa saya. Kalau mereka datang jumpa saya tentu saya akan potong rambut remaja lelaki tu bagi elok. Dan pakcik tua tu pula saya akan trim misainya bagi kemas.” jawab si penggunting rambut. “Ya, itulah jawapan kepada persoalan encik semasa encik memotong rambut saya tadi. Tuhan itu ada. Tidaklah bermakna berlakunya peperangan, pertelingkahan, jenayah, gejala sosial, rasuah di kalangan manusia itu adalah kerana Tuhan tidak ada. Masalah ini semua timbul kerana mereka semua tidak mahu ‘berjumpa’ dengan Tuhan.” kata lelaki itu. Si penggunting rambut mendengar dengan teliti sambil mengerutkan dahinya. Berfikir agaknya. “Mereka yang abaikan suruhan dan perintah Tuhan. Tuhan malah telah memberikan pedoman melalui RasulNYA dan juga melalui kitabNYA iaitu al-Quran. Malangnya, manusia memilih cara mereka sendiri. Mereka menjauhkan diri dari ALLAH. Jika manusia mendekatkan diri dengan ALLAH, tentulah keadaan manusia lebih baik dan sejahtera. Lebih kurang macam sayalah sekarang ni. Lebih handsome dari lelaki-lelaki remaja dan pakcik tua tu sebab saya jumpa encik untuk dirapikan rambut saya, hehe…” “Betul jugak. Kenapa Tuan tak jelaskan pada saya semasa potong rambut tadi” Si penggunting rambut mengangguk setuju sambil bertanya. “Oh bukan apa. Saya risau dengan gunting di tangan encik tu. Dibuatnya encik marah nanti, tak pasal-pasal saya kena nanti…hehe. Tapi, alhamdulillah encik tak marah, malah dapat menerima penjelasan saya” Jelas lelaki tersebut sambil ketawa kecil. Si penggunting rambut itu turut tertawa juga. Antara pengajaran penting: Tuhan itu ada. DIA, yakni ALLAH adalah Tuhan Maha Esa. DIA lah tempat semua memohon pertolongan dan bergantung harap. ALLAH tidak beranak dan tidak diperanakkan. Dan DIA tidak sama dengan mana-mana satu pun. Patuhlah kepada perintah ALLAH dan jauhilah larangan ALLAH. Kerana padanya terdapat kesejahteraan dan kebaikan yang menyeluruh. “Aslim, taslam”. Ambillah ISLAM secara keseluruhannya, nescaya semua manusia dan makhluq yang menghuni bersama manusia akan selamat. Peringatan: Ini hanyalah perumpamaan untuk dibuka fikiran sahaja. Kisah sebegini baik untuk disampaikan untuk mengajak manusia berfikir dan merenung. Namun, perumpamaan ini tidaklah tepat dengan ALLAH. Kerana ALLAH itu adalah Tuhan yang tiada suatu pun yang sama denganNYA. Semoga ada manfaat padanya, insyaALLAH.

Saturday, November 12, 2011

bukan untuk dan oleh mereka yang tertentu sahaja

mardux berkata:tugas ni bukan untuk seseorang tertentu sahaja... aku ambil dari penceritaan seorang umat yang telah diberikan hidayah oleh Allah untuk memeluk ISlam... Asmah namanya. berbangsa cina, katanya dulu ada seorang kawan muslimnya bebangsa melayu meminta agar dia mengajak lebih ramai lagi orang cina lain memeluk islam. katanya lebih mudah sebab dia boleh bertutur dalam bahasa cina... tapi kagum aku pada jawapan balas si Asmah... tugas ni bukan untuk seseorang tertentu sahaja... (dengan slanga yang masih kecinaan) katanya lagi, sambil bercerita. ada seorang pembantu rumah dari negara jiran yang bekerja di sini. dia dibayar gaji rm350.00. kerja pembantu rumah jelas.... cuci rumah, tandas, basuh kain dan membersihkan sekitar rumah. tugasan ini untuk gaji yang dijanji asal. suatu hari, tuan rumah yang mempunyai anak berumur satu tahun ingin keluar membeli sedikit barang di luar... dia tidak mahu membawa anaknya. lalu dia meminta pembantu rumahnya melihat-lihat (dalam erti kata lain menjaga seketika)anaknya.. tiba-tiba terlintas dalam kepalanya...aku digaji rm350.00 untuk kerja-kerja rumah yang diarahkan. menjaga anak bukan tugasnya.. tiba-tiba anak tuan rumah ingin bermain di tepi kolam di rumahnya. si pembantu ini teringat alasan dikepalanya tadi... hmm... biarlah....gaji ku bukan untuk tugas tambahan tadi.. maka dibiarkanlah anak si tuan rumah. apabila pulang sahaja tuan rumah..... (di sambung) (sambungan) dia melilau mencari anaknya.. lalu tuan rumah bertanya. " mana anak saya?" pembantu rumah menyatakan yang dia tidak perasan dimana anak tuan rumahnya... sedang merata tuan rumah mencari di dalam rumah... tiba-tiba tuan rumah menjerit..... tidak....!!!! lalu berlari ke kolam renangnya.. alangkah sedihnya dia apabila mendapati anaknya telah lemas di dalam kolam berkenaan... bagaimanakah perasaannya? marah... lalu dia menjerit pada pembantu rumahnya... kenapa kamu tak menjaga anak saya? macamana anak saya boleh bermain disini? apa yang kamu buat sepanjang saya keluar? pelbagai soalan bertalu-talu diajukan kepada pembnatu rumah....pembantu rumah hanya senyap.. pembantu rumah yang merasakan dia betul atas tindakannya menjawab. "saya digaji secara bulanan untuk melakukan kerja-kerja rumah.. bukanya menjaga anak kamu?" dengan marah tuan rumah menjawab" ya betul, mulai hari ini kau tidak lagi aku gajikan.. pergilah kau dari sini, cari lah lagi kerja di tempat lain.... pergi!!!!" maka pergilah si pembantu rumah itu dengan hampa.... kerana dia menyangka tugas hakikinya melakukan kerja-kerja rumah adalah semata-mata kerja rumah sahaja.. dankerja lain bukan tugasnya... siapa yang rugi? disini asmah tadi cuba mengaitkan bahawa tugas mendakwah itu bukanlah tugas pendakwah sahaja, berdakwah kepada orang cina, bukan tugas orang cina sahaja... tetapi dakwah adalah tugas semua umat islam yang mahukan islam berkembang..... nah jelas sekali tugas dakwah bukan untuk dan oleh mereka yang tertentu sahaja

Wednesday, November 9, 2011

kota tanda tanya

mardux berkata:aku sesat dalam kota tanda tanya

aku masih lagi berlegar-legar dalam satu kota yang aku rasa tidak lagi terkeluar dalam peta negara aku.... malaysia..



tapi aku sedikit ragu.....apakah kota ini kota dalam salah satu negeri di negara ku?
aku lihat kiri, kanan, depan dan belakang.... mana kedai makan?
kedai makan yang penting bagi aku.... HALAL
haram satupun tak terpacul di depanku...

putar stereng ke kanan... tulisan yang langsung ku tak faham.... tulisan cina.....
pulas stereng ke kiri..... terpacul lagi tulisan sejenis yang membawa erti yang aku tak faham.... tulisan cina....






maju lagi ke depan... kelihatan restoran.....
tapi.... bukan untuk aku.... bakuteh.....
aku bukan RASISM

tapi...
oh..
sejam aku memandu.... menyelusuri jalan yang terlingkar.
masih gagal ketemu jodoh dengan santapan yang sangat penting bagi ku... HALAL
sejam lagi berlalu....
aku merasakan mahu menamatkan penyelusuran ku di kota ini...
kota yang penuh tanda tanya....
apakah orang yang sudah bersunat diharamkan meniaga di kota ini?
aku memberi tempoh pada diriku untuk menamatkan 'pengembaraan' ku dalam masa 30 minit lagii.... andai aku gagal, akan ku redah ke restoran makanan cepat....
...
20 minit berlalu...
barulah terpacul restoran mamak yang padaku paling tidak pun boleh lah dijadikan pengalas perut... tapi...
aku masih tertanya-tanya... apakah kota tanda tanya ini yang terletak di dalam salah satu negeri di dalam negara aku.... tidak boleh dimiliki oleh orang sealiran ku untuk menyediakan kudapan?
aku hairan.... kenapa sampai begitu jauh untuk memacakkan tiang untuk berniaga?
atau bidang-bidang tanah di dalam kota ini memang tidak layak untuk orang sefahaman denganku? atau semua ini telah dirancang dan diadun menjadi sedemikian?
salah siapa jadi begini?
tuan tanah?
pembeli tanah?
pemaju tanah?
pengurus tanah?
atau tak perlu salahkan sesiapa.... ia normal.....
biarlah....
tapi aku risau.... orang seagamaku.... sebangsa ku.... telah mula di atau meminggirkan diri di pinggir kota ini.... nun jauh di bibir kota....
kota tanda tanya...

Saturday, October 29, 2011

betul jugak....

mardux berkata: betul jugak...

cerita di suatu sudut yang terpinggir....
LEMBU: Hai hanjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?
HANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.
LEMBU : eh? kenapa?
HANJING: aku lalu tepi dua orang mansuia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!".najis mugholazah...."



LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi umat islam. Biasalah tu.
HANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak? dosa?
LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko hanjing, malah tak boleh suci sekalipun di samak.
HANJING: Wah.. betul jugak tu...


LEMBU : hehehe..I LIKE..

Saturday, October 22, 2011

nilai suatu imbuhan

mardux berkata:berapa apakah nilai suatu imbuhan untuk aku?

ibu: adik kalau dapat 5A untuk UPSR ni, adik nak hadiah apa?
adik: (sambil tersengih menampakkan gigi yang luruh...) adik nak "TORA"..



ibu: itu je?(menitis air mata si ibu mendengar imbuhan yang diimpikan oleh si adik....)
adik: hehehe... (berubah muka... takut-takut dimarahi ibunya..)

mungkin dari cerita pendek ni, anda kurang jelas apa yang cuba disampaikan....
tapi, sedar tak kita bahawa imbuhan atau ganjaran atas kejayaan sesuatu hasil berbeza dengan beban yang perlu ditanggung atau dilaksanakan....
tapi sedarkah kita bahawa selain beban... perbezaan yang paling ketara dalam mengimpikan suatu imbuhan adalah nilai..
mungkin si adik itu tadi tidak pernah membeli "TORA" yang pada masa yang sama tidak dipandang pun oleh orang lain seusia adik itu tadi....
tapi beban untuk mencapai kejayaan itu sama... tapi nilai imbuhan tetap berbeza...
mungkin pada orang lain seusia adik tadi "tak lalu pun" untuk menjamah "TORA" itu... tapi disebabkan tak pernah merasa atau rasanya sudah terlalu mewah andai si adik berjaya mendapatkannya... maka itulah impian yang ditagih si adik...
nah....
lihat bagai mana seseorang melihat nilai dalam mengimpikan imbuhan...
masa kian berlalu....
arus modenisasi cepat mencicirkan kita yang masih mengira menggunakan jari....
tahap kemalasan manusia makin menebal...
bagaimana mahu jadi seronok.... kalau masak air pun tak tahu..
didiklah, asuhlah, gambarkanlah, jadikan yang terbaik sebagai contoh untuk generasi terutama gen kita sendiri... untuk tidak mensia-siakan sesuatu nilai dengan kemewahan tanpa perlu berpenat dan berusaha... pengalaman tidak ternilai...

tenangkan minda... fikirlah...

Sunday, September 18, 2011

raja yang benar-benar beraja

mardux berkata: siapa mampu menjadi raja....

aku ada terdengar satu penceritaan yang bagus untuk dikongsi.

kisah terjadi di sebuah kota di bandar xulon (bandar yang tak wujud).
seorang pemuda yang merantau dari kampung Xalem ke kota berkenaan.
merantau pemuda itu untuk mencari pengalaman disamping wang.
pemuda itu tiba di kota ini disuatu pagi....
dilihat kiri dan kanan...
ramai penduduk kota ini yang sibuk kehulu kehilir....
masing-masing sibuk mencari rezeki dan bekerja..
lama diperhatikan..
seperti tiada apa yang berlaku.
lama diperhatikan... lantas pemuda itu menegur seorang penduduk disitu.
"jon (panggilan mesra untuk menegur orang), bole tumpang tanya tak? kenapa saya tengok kota xulon ni macam tak ada pemerintah je? kota ni mengamalkan pemerintahan anarco ke?"
"oh.. jon, macam berminat je? sebenarnya kota xulon ni tak mengamalkan pemerintahan anarco. tapi ada cerita sebenarnya."
"cer cite.. apa la yang seronok sangat tu?"
"jon, kat kota xulon ni kalau ikut ada raja yang memerintah sebelum ni, ramai yang telah menjadi raja. Tapi ada syarat la. sesiapa boleh menjadi raja, mereka yang dilantik akan dilayang dan disanjung sebagaimana sanjungan dan penghormatan yang sepatutnya. akan tetapi semua ini akan berjalan selama 5 tahun sahaja. selepas tamat tempoh 5 tahun, raja itu akan dihantar ke lembah kering yang panas dan luas di padang pasir xabung.

raja akan dibiarkan sendirian disana. disebabkan syarat itulah tiada siapa yang mahu menjadi raja di kota ini. mereka juga ada melihat nasib raja-raja sebelum ini yang mati begitu sahaja di padang xabung sana. Jadi begitulah ceritanya."

setelah begitu panjang lebar penerangan yang diberi oleh penduduk kota xulon itu, pemuda ini mula menyimpan hajat untuk menjadi raja kota xulon.



keesokkan harinya, pemuda ini mengumpulkan orang kota xulon dan menyatakan hasratnya untuk menjadi raja. oleh kerana telah lama tiada raja, maka penduduk kota ini menerima hasrat pemuda itu lantas menabalkan pemuda itu menjadi raja.

acara penabalan dibuat secara gilang gemilang. kenduri, tarian, fiesta, expo dan konsert dibuat bagi meraikan pemuda itu. pemuda itu dilayan dengan penuh ketaatan. pemuda itu juga menggunakan sepenuhnya peluang ini untuk berseronok-seronok dan menikmati semua kenikmatan menjadi raja. penduduk kota melihat dan terpaksa melayan setiap permintaan pemuda itu. mereka terpaksa pasrah sehingga tamat tempoh.

Setelah genap 5 tahun tempoh menjadi raja, masa yang ditunggu-tunggu oleh penduduk kota xulon. pemuda itu diturunkan pangkat dan dibawa ke padang xabung untuk ditinggalkan. tetapi alangkah terkejutnya penduduk kota berkenaan, padang xabung tidak lagi tandus, tidak lagi kering. padang itu penuh kehijauan dan telah diairi. banyak tumbuhan telah tumbuh.

rupa-rupanya, selama 5 tahun tempoh yang telah diberikan kepada pemuda itu. dia telah menggunakan peluang untuk memerah tenaga penduduk untuk menanam, mengairi dan membangunkan padang xabung. walaupun pemuda itu dilihat bersenang lenang, tetapi pemuda itu telah membuat persiapan sebelum dihantar ke padang xabung.

kisah ini sedikit sebanyak telah menyedarkan kita tentang peluang yang diberi kepada kita sementara hidup. kita yang memilih samaada bersedia untuk ke alam akhirat atau terus hanyut dibawa arus kesenangan. tempoh diberi, kesenangan dikecapi. tetapi adakah bekalan kita di'sana' cukup untuk kita meneruskan kehidupan?
tepuk dada tanyalah hati..
sedialah sebelum terlewat. adakah kita ini raja yang benar-benar beraja?

Tuesday, May 10, 2011

teman tapi mesra?

mardux berkata:teman tapi mesra?

semalam aku bersembang dengan rakan sekereta berulang kerja aku. cerita-cerita penghilang bosan.
topik kami ringkas dan klise... teman tapi mesra..
cerita lama bermain kembali.
siapa sahabat, kawan, rakan atau teman? banyak juga 'insiden bodoh' yang dia ceritakan sebelum kawan sekelasnya yang dipinda menjadi teman tapi mesra.
tapi... terus terang aku katakan. benda ni bukan semua orang tak pernah alami..
aku berani potong kuku la (kalau nak cabar biarlah yang kita mampu buat.. hehehe..) kalau ada orang yang mahu bercinta, cuba bercinta, telah bercinta atau gagal bercinta tak pernah mencuba mencipta insiden berkenaan.
niat di dalam hati cuma satu; menarik perhatian si bakal 'teman tapi mesra'..
tapi ternyata apa yang kita nak sangat tak mungkin jadi kenyataan andai bukan jodoh kita... kesian kan?

tapi kita kena juga pasrah. itu takdir. ada hikmah disebalik semua tu.

bila kita sebut pasal takdir pula, aku teringat dengan seorang pensyarah pengurusan aku masa kat pondok dulu. nama dia aku tak ingat la..
dia persoalkan student 'J' yang kata dia tak ada jodoh dengan 'teman tapi mesranya'.
sebelum berkata demikian, dia bertanya apakah yang J lakukan untuk memenanginya.
cukupkah apa yang dilakukan?
padankah apa yang diberikan?
berbaloikah apa yang usahakan?
pensyarah yang beristeri 3 ini mempertikaikan orang yang menyalahkan takdir sebelum menyalahkan dirinya sendiri. beliau sendiri memberi contoh bagaimana dia memikat isterinya yang aku rasa bukan calang-calang pendapatannya.
katanya lagi, dalam sesuatu perancangan perlu ada strategi.
bagi orang-oarng pengurusan ni tiada yang tidak boleh.

strategi adalah kemampuan.

kenalpasti potensi diri.. apa yang ada pada diri anda yang boleh dijadikan modal...
rupa?, harta?, bakat?, kalau tak ada tak apa... sebab bakat masih boleh dijadikan asas... dan bakat boleh dilatih dan berkembang... (rajin la sikit)

lepas tu sumber daya.
disini perlunya taktik untuk mengenalpasti apa yang boleh dan tidak boleh digunakan terhadap sasaran.

lepas tu persekitaran.
untuk langkah ni ada beberapa hipotesis yang perlu dibuat. kenalpasti persaingan (jika ada), ancaman atau lain-lain faktor luaran. faktor luaran yang perlu di perincikan adalah samaada faktor ini membantu berjaya atau membantu untuk gagal.

lepas tu sasaran.
untuk langkah ni perlunya menetapkan sasaran dan meneruskan ke langkah yang seterusnya. tapi yang paling utama semua perlu di buat secara konsisten dan meninggalkan kesan. barulah terkenang-kenang..

itulah sedikit sebanyak yang terhinggap kat kepala otak ni...
tapi disitulah dia membuktikan pengurusan penting untuk merancang semua benda menjadi apa yang kita harap untuk terjadi walaupun dia tetap menyedari bahawa terdapat juga ruang untuk sesuatu benda atau perkara yang dirancang dengan teliti pun boleh gagal. kerana sesungguhnya dia tahu:

[Al Baqarah:117]
Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah!" Lalu jadilah ia."

[An Nahl:40]
Sesungguhnya perkataan Kami terhadap sesuatu apabila Kami menghendakinya, Kami hanya mengatakan kepadanya: "kun (jadilah)", maka jadilah ia".

[Yaasiin:82]
Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia".


jadi? buatlah pilihan dan carilah siapa teman tapi mesra anda.... jika anda masih belum punyai satu...

Monday, April 18, 2011

masa inilah perlunya kawan….


mardux berkata: masa inilah perlunya kawan….

Baru-baru ni keputusan UPSR keluar. Keputusan yang bagus, bagusla. Semua orang puji. Semua orang akan menghampiri dan ucap tahniah...
Tapi tanpa kita sedar, ada yang bersedih di hujung sana.
Mungkin duduk menunduk kesedihan...
Mungkin memujuk diri di penjuru sekolah..
Mungkin terus pulang dan tidur...
Atau mungkin.... ’hilang’kan diri dari pandangan atau ’dunia’.
Nauzubillah...
Sepatutnya... masa inilah perlunya kawan...
Beritahu dia ni..
”kawan, andai kita gagal dalam UPSR ni, ini bukan pengakhir hidup ini kawan... banyak lagi yang kita perlu tempuhi. Lepas ni ada lagi PMR. Jadi belajarlah bersungguh-sungguh. Buktikan yang kita boleh berjaya. Saya tahu, kamu bukan bodoh, mungkin perlu lagi ilmu untuk memperbaiki diri dalam pelajaran. Atau mungkin belum rezeki kamu....”
Disini, sekurang-kurangnya dia ada teman untuk menguatkan dirinya. Jangan disisihkan mereka...
-----------------------
Jelas.. ada ketika kita ketemu semula dengan mereka yang berjaya dan gagal dalam PMR. Nah... disini kaedah atau bicara ini yang akan menguatkan diri mereka.
Jangan biarkan kawan-kawan kita yang gagal itu bersendiri. Sokonglah mereka. Andai iman mereka kuat, mungkin dianggap sebagai dugaan atau tiada rezeki... tapi jika iman senipis kulit bawang.... mungkin macam-macam bisa berlaku....
Bantulah sahabat-sahabatmu itu.... jangan biarkan mereka terlalai..
takut nyawa galang gantinya...
nauzubillah....
--------------
Dalam meneruskan hidup ini, mungkin juga kehadiran insan yang berjaya dan gagal dalam SPM memberi impak yang sangat besar...
Kerana bagi umum, SPM adalah penentu hidup...
Andai ada antara taulan yang berjaya cemerlang.... tahniah...
Tapi jangan riak, pentingkan diri...
Kenang mereka yang kurang bernasib baik.... gagal...
Nah.... masa inilah perlunya kawan….
Bantu mereka..... kalau sebelum ini UPSR dan PMR masih lagi awal, tetapi SPM bagaimana?
Beritahu dia ni..
”kawan, andai kita gagal dalam SPM ni, ini bukan pengakhir hidup ini kawan... banyak lagi yang kita perlu tempuhi. Tak semua orang yang berjaya dalam pelajaran berjaya dalam hidup, dan tak semua orang yang gagal dalam pelajaran gagal dalam hidup. Hidup ini bukan memerlukan SPM untuk diteruskan. Hidup ini pengembaraan. Andai ada rezeki untuk mengambil semula, teruskan.... andai disini sahaja, acrilah jalan lain. Jadi janganlah bersedih. Berusahalah dimana-mana. Buktikan yang kita boleh berjaya. Ramai manusia di dunia ini yang tidak berpelajaran tetapi berjaya ... dalam dunia ini ada banyak cara untuk berjaya.... Cuma kita sahaja yang mahu atau tidak... tapi sekiranya kita gagal SPM, ingatlah itu bukan pengakhir kehidupan....”
Insyaallah, andai anda berjaya mempengaruhinya untuk bangun kembali, andai telah berjaya memenangkan seorang insan dan suatu hari nanti, dia akan kembali kepadamu untuk mengucapkan ’terima kasih’ sekurang-kurangnya. Sesungguhnya ucapan itu lebih bermakna daripada wang ringgit. Kepuasannya cukup tak dapat digambarkan.... indahnya hidup ini.. insyallah.

Wednesday, March 2, 2011

siapa mamat ni?

mardux berkata: siapa mamat ni?

cerita ni aku copy dari: http://nuraiman.wordpress.com/
Orang Hina Di Sisi ALLAH SWT : Mustafa Kemal Atatürk

Mustafa Kemal Atatürk 1881-10 November 1938 adalah pengasas Republik Turki . Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi, negarawan dan presiden Turki yang pertama.

Beliau adalah komander tentera yang berjaya dan berkhidmar sebagai panglima tentera semasa Pertempuran Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I. Angkatan tentera pimpinan beliau berjaya merampas kembali wilayah Anatolia dan Palestin . Ketika itu Empayar Ottoman / Uthmaniyah sedang dikoyak-koyak oleh Tentera Bersekutu. Mujurlah Mustafa Kemal telah memimpin pergerakan kebangsaan Turki menghadapi Perang Kemerdekaan Turki.

Beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara.

Mustafa Kemal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan tuntutan semasa yang kemudian dipangil ideologi Kemalist. Ideologi ini bertujuan menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular , positif dan bertindak rasional.

Beliau memerintah dari tahun 1918 hingga 1934. Beliau adalah seorang negarawan yang berkebolehan dalam bidang politik. Memeperkenalkan sistem politik sekularisme, beliau ‘berjaya’ meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyyah. Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan telah dikebumikan di sebuah makam di Ankara iaitu ibu negaranya.

Dosa Mustafa Kemal

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat)

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya diseluruh bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan

12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris,faraid secara islam

17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.


Kematian Kamal Atartuk yang Menyeksakan

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia. Antaranya ialah:

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung

3. Penyakit darah tinggi

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang.Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas lalu dia sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turkimemandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.

Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya(susah jenazahnya hendak masuk ke liang lahad). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama EtnaGrafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.

Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa “jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!” Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

tapi kenapa nak kena sanjung dia ni?....

cuba click blog ni

http://khairulaznan.wordpress.com/2011/02/25/tugu-kamalat-tartuk-penumbang-sistem-khilafah-islamiyah/

... komen? ...

wallahualam..

Monday, February 21, 2011

bila kecemasan...


Apa yang perlu anda lakukan jika ada kecemasan dan ketika itu banyak pulak hal:

1. Telefon anda tiada kredit. kalau mangsa yang nak diselamatkan pun tiada kredit...

2. Ketika itu semua telefon yang ade mempunyai password..lock. maklum la canggih. lepas tu yang ada cuma telefon si mangsa..yang tidak sedarkan diri..yang mempunyai password. nak call 999 pun tak boleh.

3. Ketika tu tempat tersebut tiada talian maxis atau celcom.

jangan risau mahupun gelabah. sila dail no. 112. ianya tidak memerlukan credit..boleh unlock/brake password..dan terus ke talian yang ade ketika itu..

anda boleh cuba sendiri. tapi kalau sengaja sila menjawab sendiri dimuka pengadilan ya..

soalnya lagi: kalau semua telefon yang ada tiada bateri??. sila jawab sendiri.

sekian adanya..sharing is caring.

Thursday, February 17, 2011

nasib baik la....


mardux berkata: nasib baik la...

cerita aku berkisar pada perjalanan aku di mana-mana penjuru/sudut/bucu/tanjung negara ni..
bila aku sampai satu-satu tempat, aku suka tengok, tanya, banding dan komen. lepas tu aku buat kesimpulan yang aku rasa, aku ulang, aku rasa.... ada yang tak kena pada mata aku.

mula contoh aku pergi satu tempat yang agak tidak bandar,dan tidak kampung. aku nak beli beteri AAA. ada dua kedai kat depan aku ; Kedai Abu dengan Kedai Ah Beng.

klise... sebab aku melayu, aku pergi Kedai Abu. nak tolong melayu. (patutnya)
aku masuk kedai tu....
sepi...
macam tak ada urusniaga diperlukan kat sini.
...
tiba-tiba datang orang muda. yang aku tahu bukan Abu... tapi mungkin anak Abu.. tak pun pekerja Abu
muka macam baru bangun tidur.... bayangkan.. tak bersemangat..

apakah ayat pertama yang keluar dari mulut si bukan Abu... tapi mungkin anak Abu.. tak pun pekerja Abu ni?

Bukan Abu (BA): ha!! nak apa?

suwei.... (dalam hati aku yang nurani ni berbunyi menyahut sapaan penuh hormat si BA tadi..

Aku (A): Adik (mungkin aku nampak lebih berusia dari si BA ni kot..)saya nak cari bateri AAA.. ada tak? (rasa aku cukup nurani ayat aku tu?)

BA : habis... (terus masuk ke dalam dan tinggalkan aku mati ayat dan tertanya-tanya... apa yang berlaku tadi tu?)

------------

Apakah yang anda akan buat kalau macam tu?
pergi kedai sebelah la... Kedai Ah Beng.

aku masuk kedai tu, ada seseorang yang menunggu yang pasti mesti bernama Ah Beng. walaupun aku tak pernah datang kedai ni....(hehehe.... ajaib tak aku? sah-sah la nama Ah Beng tu nama keluarga dia, mesti la nama dia yang aku rasa anaknya ada Beng juga... betul tak?)

tapi anda tahu tak apakah ayat pertama yang keluar dari mulut Ah Beng ni?

Ah Beng (AB) : Aloo.. abang mau beli apa? (sambil senyum datang pada aku.)
(A) : saya nak beli Bateri AAA. ada tak?
(AB) : mesti ada la... abang cari apa bland (brand)?
(A) : tak kisah la... saya nak pakai untuk jam dinding je.
(AB) : kalau abang mau guna untuk jam, abang tak boleh pakai jenis alkaline, nanti rosak jam.
(A) : habis tu jenis apa yang baik?
(AB) : Abang cari yang mahal ka murah ka atau yang biasa?
(A) : yang biasa pun ok.
(AB) : Ini ada dua bland, mau mana satu?
(A) : yang ni la (aku ambil bayar....)

yang aku yang nak pamirkan kat sini buka cerita aku beli bateri tu tapi...macammana nak meniaga.
cuba bayangkan.
benda-benda macam ni la yang menyebabkan melayu mudah rugi sebab tak tahu meniaga.
bila oang tak datang membeli, kita mula marah. mula la kata orang ni pakai bomoh la...
orang ni tabur tahi la..
tapi yang nyata....
tak tahu meniaga untuk jangka masa yang lama...
sah-sah la lepas ni kalau aku singgah kat sini lagi, aku akan hapuskan klise aku hanya kerana kecewa... mana nak maju.

nasib baik la... kita tak boleh makan kat kedai makan diorang... kalau tak, dah tentu kedai melayu tutup..
nasib baik la....

Thursday, February 3, 2011

cerita kawan wife aku....

satu hari wife aku story la satu kisah pasal kawan kat tempat keje dia.
akulayan la...W7DOPSFG;
kawan wife aku ni dia gelarkan 'nenek kebayan'.
nenek kebayan ni kalo becakap x penahnye nak rendah.
lebih2 lg kalo becerita pasal hal family dia. fuuhhhh...semua bagus2 la.
rumah dia besar la, anak2 dia pandai la,gaji dia besar la, keta dia mahal la...
bak kata org,semua hebat la.
pernah la dua tahun lepas wife aku kena 'tiow' sampai menangis dek kerana 'buruk perangai ' ngan 'busuk mulut' si nenek kebayan nih..
itupun wife aku bercerita perkara yg betul pasal nenek kebayan ni.
satu kali si nenek kebayan ni x puas hati..dia sudah sound la kat wife aku...
menangis la wife aku ni dgn penuh perasaan...'ape la salah saya?'
itu cerita dulu.....haa....ini ada cerita baru pasal nenek kebayan tu, kata wife aku.

lebih kurang juga la...

mardux berkata:kenapa la tauke kontraktor ni boleh keluar ayat ni?
"lebih kurang jugala.."

mula cerita aku lepak dekat satu tapak pembinaan ni..
lokasi dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu. masa tu tauke ni lepak kat kedai minum kat bawah pokok.
aku (A) saja tanya dia (T)
(A) "wah besar projek U dapat ni?"
(T) "ada la sikit, ini pun tarak kaya punya"

(aku pelik betul la, aku bukan racist ... tapi rasa aku, tauke ni dah lama duduk kat malaysia ni... tapi cara cakap pun masih tak betul... aku bangkitkan hal ni bukan sebab apa, hanya selingan... myanmar dengan bangla yang aku jumpa lagi pandai berkomunikasi dalam bahasa malaysia..... sekali lagi...bahasa malaysia...tapi tauke ni?
hmmm....pelik kan?
)

berbalik pada topik asal...
(A) "berapa lama siap projek ni?"
(T) " satu tahun ada siap la... tapi sikalang luit(duit) ala susah maa... kita mau angkat balang (barang) pun mau bayar cashmaa..."
(A) "ok la tu, U kan banyak modal. setakat mau angkat barang tak ada masalah la.lagipun U mesti sudah ada kawan-kawan yang boleh ambil dulu baru bayar?"
(T) "Butul (betul), tapi kadang-kadang barang tak manyak (banyak), sapa ada luit (duit)bole bayar telus (terus)bole lapat (dapat)barang telus (terus).."
(A) "betul ka macam tu?"
(T) " ya la... lagi sekalang (sekarang) saya suda tua maa... takkan mau kerja kuat lagi? butul(betul) ka saya cakap?"
(A) "U takde legasi ke? anak U ke untuk sambung bisnes?"
(T) "Anak ka? ada..itu cilaka. apa dia tau... belaja malas maa... dia lahir sudah jadi senang. dia tak tau susah maa... ada lapang... enjoy... ada lapang keluar sama kawan enjoy... mabuk lagi... cilaka la.. kerja lagi malas.
U tau ka? dulu saya muda-muda susah mau cari luit (duit)... saya masa budak-budak pegi itu pasar Selayang kutip sayur lejek (reject)yang sudah letak tepi punya. saya mintak sama diorang... U tauapa bikin?"
(A) " tak tau"
(T) "saya hantar kedai makan maa... biasa kedai makan ambik ini sayur lejek(eject) punya... ya la.. U makan sayur sulah (sudah) masak maa...mana U tau ini sayur balu (baru) ka... lejek (reject) ka.. sulah (sudah) masak... sama saja.. saya kumpul luit (duit)mau sekolah punya... tapi ini cilaka...saya kasi luit untuk sekolah punya dia sudah jadi taiko...
(A) "saya jarang dengar budak chinese macam ni.. selalunya melayu"
(T) " lebih kurang juga la...dulu lain kawan... Butul (betul) ka saya cakap? sikalang (sekarang) diorang sudah senang...masa itu belanak (beranak)sulah (sudah) ala manyak harta....apa lagi mau bikin? kasi habis saja la... cilaka...."
(A)"mungkin juga tu.."
(T)" apa mungkin? memang la..sikalang(sekarang) dia sudah pandai mintak keleta (kereta. dia kawtim sama dia punya amma... saya kena beli juga... saya hali-hali(hari-hari) ada gaduh sama mini (bini)..sana cakap sini cakap....
sudah tua la... lagimau sakit kalau gaduh-gaduh..."
(A)" betulla tu..."

lepas tu aku baru sedar rupanya bukan melayu je yang jadi macam ni...chinese pun lebih kurang juga la... jadi setiap perubahan tu ada punca dan setiap kemunduran pun ada punca... benda yang terjadi mesti ada sebah musababnya.. wallahualam..

Thursday, January 6, 2011

dimana keamanan?

mardux berkata:dimana keamanan?

mungkin niat aku beli rumah kat lokasi yang tidak di tengah kesesakan adalah untuk keamanan... pada fikrah aku.
tapi tidak lagi.... aku silap..
rasanya lokasi tu mahal juga untuk disewa.
tapi bila ramai yang berkongsi duit, setakat seribu bahagi 8 orang.. baru berapa seorang kena bayar?
itulah yang perlu diterima. bukan rumah aku.
tapi sebelah rumah aku.

aku terpaksa terima 'jiran baru' tanpa aku setuju.
kenapa sebelah?
hakikat kalau yang duduk tu pakai MYKAD
tak pe. sebab tahu tatasusila... (selalunya la....)
tapi yang nyata bukan pemegang MYKAD
pemegang permit yang didakwa sah.
sejauh mana sah tidak pula di usul periksa.
dari seberang...
lantas yang menjadi kegusaran adalah kesemua mereka adalah lelaki.
aku lelaki insyaallah tiada kegusaran tapi bagaimana dengan anak-anak dan isteri?
dimana keamanan?

khuatir bila malam, khuatir bila tugas luar... bermalam-malam..
risau satu, resah dua, gelisah tiga..
tapi yang nyata takut.... moga-moga selamat. insyaallah. jiran lain agak khuatir tentang itu.

semalam jam menunjuk lagi suku pukul 12.00 malam. tapi suara gelak bersembang 'jiran baru' memecah sunyi menyusah diri melelapkan mata... dimana keamanan?

andai dunia tiada undang-undang mau saja mereka diletup....
pasrah dengan keadaan... paksa diri untuk tidur... esok lagi mau kerja..
apa boleh bikin?
rasanya bagaimana kalau berlarutan untuk malam-malam lain untuk isteri dan anak-anakku. walau bersamaku atau tanpa kehadiranku....
hmm... dimana keamanan?