Saturday, November 12, 2011

bukan untuk dan oleh mereka yang tertentu sahaja

mardux berkata:tugas ni bukan untuk seseorang tertentu sahaja... aku ambil dari penceritaan seorang umat yang telah diberikan hidayah oleh Allah untuk memeluk ISlam... Asmah namanya. berbangsa cina, katanya dulu ada seorang kawan muslimnya bebangsa melayu meminta agar dia mengajak lebih ramai lagi orang cina lain memeluk islam. katanya lebih mudah sebab dia boleh bertutur dalam bahasa cina... tapi kagum aku pada jawapan balas si Asmah... tugas ni bukan untuk seseorang tertentu sahaja... (dengan slanga yang masih kecinaan) katanya lagi, sambil bercerita. ada seorang pembantu rumah dari negara jiran yang bekerja di sini. dia dibayar gaji rm350.00. kerja pembantu rumah jelas.... cuci rumah, tandas, basuh kain dan membersihkan sekitar rumah. tugasan ini untuk gaji yang dijanji asal. suatu hari, tuan rumah yang mempunyai anak berumur satu tahun ingin keluar membeli sedikit barang di luar... dia tidak mahu membawa anaknya. lalu dia meminta pembantu rumahnya melihat-lihat (dalam erti kata lain menjaga seketika)anaknya.. tiba-tiba terlintas dalam kepalanya...aku digaji rm350.00 untuk kerja-kerja rumah yang diarahkan. menjaga anak bukan tugasnya.. tiba-tiba anak tuan rumah ingin bermain di tepi kolam di rumahnya. si pembantu ini teringat alasan dikepalanya tadi... hmm... biarlah....gaji ku bukan untuk tugas tambahan tadi.. maka dibiarkanlah anak si tuan rumah. apabila pulang sahaja tuan rumah..... (di sambung) (sambungan) dia melilau mencari anaknya.. lalu tuan rumah bertanya. " mana anak saya?" pembantu rumah menyatakan yang dia tidak perasan dimana anak tuan rumahnya... sedang merata tuan rumah mencari di dalam rumah... tiba-tiba tuan rumah menjerit..... tidak....!!!! lalu berlari ke kolam renangnya.. alangkah sedihnya dia apabila mendapati anaknya telah lemas di dalam kolam berkenaan... bagaimanakah perasaannya? marah... lalu dia menjerit pada pembantu rumahnya... kenapa kamu tak menjaga anak saya? macamana anak saya boleh bermain disini? apa yang kamu buat sepanjang saya keluar? pelbagai soalan bertalu-talu diajukan kepada pembnatu rumah....pembantu rumah hanya senyap.. pembantu rumah yang merasakan dia betul atas tindakannya menjawab. "saya digaji secara bulanan untuk melakukan kerja-kerja rumah.. bukanya menjaga anak kamu?" dengan marah tuan rumah menjawab" ya betul, mulai hari ini kau tidak lagi aku gajikan.. pergilah kau dari sini, cari lah lagi kerja di tempat lain.... pergi!!!!" maka pergilah si pembantu rumah itu dengan hampa.... kerana dia menyangka tugas hakikinya melakukan kerja-kerja rumah adalah semata-mata kerja rumah sahaja.. dankerja lain bukan tugasnya... siapa yang rugi? disini asmah tadi cuba mengaitkan bahawa tugas mendakwah itu bukanlah tugas pendakwah sahaja, berdakwah kepada orang cina, bukan tugas orang cina sahaja... tetapi dakwah adalah tugas semua umat islam yang mahukan islam berkembang..... nah jelas sekali tugas dakwah bukan untuk dan oleh mereka yang tertentu sahaja

3 comments: