Tuesday, May 10, 2011

teman tapi mesra?

mardux berkata:teman tapi mesra?

semalam aku bersembang dengan rakan sekereta berulang kerja aku. cerita-cerita penghilang bosan.
topik kami ringkas dan klise... teman tapi mesra..
cerita lama bermain kembali.
siapa sahabat, kawan, rakan atau teman? banyak juga 'insiden bodoh' yang dia ceritakan sebelum kawan sekelasnya yang dipinda menjadi teman tapi mesra.
tapi... terus terang aku katakan. benda ni bukan semua orang tak pernah alami..
aku berani potong kuku la (kalau nak cabar biarlah yang kita mampu buat.. hehehe..) kalau ada orang yang mahu bercinta, cuba bercinta, telah bercinta atau gagal bercinta tak pernah mencuba mencipta insiden berkenaan.
niat di dalam hati cuma satu; menarik perhatian si bakal 'teman tapi mesra'..
tapi ternyata apa yang kita nak sangat tak mungkin jadi kenyataan andai bukan jodoh kita... kesian kan?

tapi kita kena juga pasrah. itu takdir. ada hikmah disebalik semua tu.

bila kita sebut pasal takdir pula, aku teringat dengan seorang pensyarah pengurusan aku masa kat pondok dulu. nama dia aku tak ingat la..
dia persoalkan student 'J' yang kata dia tak ada jodoh dengan 'teman tapi mesranya'.
sebelum berkata demikian, dia bertanya apakah yang J lakukan untuk memenanginya.
cukupkah apa yang dilakukan?
padankah apa yang diberikan?
berbaloikah apa yang usahakan?
pensyarah yang beristeri 3 ini mempertikaikan orang yang menyalahkan takdir sebelum menyalahkan dirinya sendiri. beliau sendiri memberi contoh bagaimana dia memikat isterinya yang aku rasa bukan calang-calang pendapatannya.
katanya lagi, dalam sesuatu perancangan perlu ada strategi.
bagi orang-oarng pengurusan ni tiada yang tidak boleh.

strategi adalah kemampuan.

kenalpasti potensi diri.. apa yang ada pada diri anda yang boleh dijadikan modal...
rupa?, harta?, bakat?, kalau tak ada tak apa... sebab bakat masih boleh dijadikan asas... dan bakat boleh dilatih dan berkembang... (rajin la sikit)

lepas tu sumber daya.
disini perlunya taktik untuk mengenalpasti apa yang boleh dan tidak boleh digunakan terhadap sasaran.

lepas tu persekitaran.
untuk langkah ni ada beberapa hipotesis yang perlu dibuat. kenalpasti persaingan (jika ada), ancaman atau lain-lain faktor luaran. faktor luaran yang perlu di perincikan adalah samaada faktor ini membantu berjaya atau membantu untuk gagal.

lepas tu sasaran.
untuk langkah ni perlunya menetapkan sasaran dan meneruskan ke langkah yang seterusnya. tapi yang paling utama semua perlu di buat secara konsisten dan meninggalkan kesan. barulah terkenang-kenang..

itulah sedikit sebanyak yang terhinggap kat kepala otak ni...
tapi disitulah dia membuktikan pengurusan penting untuk merancang semua benda menjadi apa yang kita harap untuk terjadi walaupun dia tetap menyedari bahawa terdapat juga ruang untuk sesuatu benda atau perkara yang dirancang dengan teliti pun boleh gagal. kerana sesungguhnya dia tahu:

[Al Baqarah:117]
Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah!" Lalu jadilah ia."

[An Nahl:40]
Sesungguhnya perkataan Kami terhadap sesuatu apabila Kami menghendakinya, Kami hanya mengatakan kepadanya: "kun (jadilah)", maka jadilah ia".

[Yaasiin:82]
Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia".


jadi? buatlah pilihan dan carilah siapa teman tapi mesra anda.... jika anda masih belum punyai satu...

1 comment:

Unknown said...

Mardux.. aku nak start blogging balik.. tu pun kalau ada masa.. walau setahun sekali