Monday, April 18, 2011

masa inilah perlunya kawan….


mardux berkata: masa inilah perlunya kawan….

Baru-baru ni keputusan UPSR keluar. Keputusan yang bagus, bagusla. Semua orang puji. Semua orang akan menghampiri dan ucap tahniah...
Tapi tanpa kita sedar, ada yang bersedih di hujung sana.
Mungkin duduk menunduk kesedihan...
Mungkin memujuk diri di penjuru sekolah..
Mungkin terus pulang dan tidur...
Atau mungkin.... ’hilang’kan diri dari pandangan atau ’dunia’.
Nauzubillah...
Sepatutnya... masa inilah perlunya kawan...
Beritahu dia ni..
”kawan, andai kita gagal dalam UPSR ni, ini bukan pengakhir hidup ini kawan... banyak lagi yang kita perlu tempuhi. Lepas ni ada lagi PMR. Jadi belajarlah bersungguh-sungguh. Buktikan yang kita boleh berjaya. Saya tahu, kamu bukan bodoh, mungkin perlu lagi ilmu untuk memperbaiki diri dalam pelajaran. Atau mungkin belum rezeki kamu....”
Disini, sekurang-kurangnya dia ada teman untuk menguatkan dirinya. Jangan disisihkan mereka...
-----------------------
Jelas.. ada ketika kita ketemu semula dengan mereka yang berjaya dan gagal dalam PMR. Nah... disini kaedah atau bicara ini yang akan menguatkan diri mereka.
Jangan biarkan kawan-kawan kita yang gagal itu bersendiri. Sokonglah mereka. Andai iman mereka kuat, mungkin dianggap sebagai dugaan atau tiada rezeki... tapi jika iman senipis kulit bawang.... mungkin macam-macam bisa berlaku....
Bantulah sahabat-sahabatmu itu.... jangan biarkan mereka terlalai..
takut nyawa galang gantinya...
nauzubillah....
--------------
Dalam meneruskan hidup ini, mungkin juga kehadiran insan yang berjaya dan gagal dalam SPM memberi impak yang sangat besar...
Kerana bagi umum, SPM adalah penentu hidup...
Andai ada antara taulan yang berjaya cemerlang.... tahniah...
Tapi jangan riak, pentingkan diri...
Kenang mereka yang kurang bernasib baik.... gagal...
Nah.... masa inilah perlunya kawan….
Bantu mereka..... kalau sebelum ini UPSR dan PMR masih lagi awal, tetapi SPM bagaimana?
Beritahu dia ni..
”kawan, andai kita gagal dalam SPM ni, ini bukan pengakhir hidup ini kawan... banyak lagi yang kita perlu tempuhi. Tak semua orang yang berjaya dalam pelajaran berjaya dalam hidup, dan tak semua orang yang gagal dalam pelajaran gagal dalam hidup. Hidup ini bukan memerlukan SPM untuk diteruskan. Hidup ini pengembaraan. Andai ada rezeki untuk mengambil semula, teruskan.... andai disini sahaja, acrilah jalan lain. Jadi janganlah bersedih. Berusahalah dimana-mana. Buktikan yang kita boleh berjaya. Ramai manusia di dunia ini yang tidak berpelajaran tetapi berjaya ... dalam dunia ini ada banyak cara untuk berjaya.... Cuma kita sahaja yang mahu atau tidak... tapi sekiranya kita gagal SPM, ingatlah itu bukan pengakhir kehidupan....”
Insyaallah, andai anda berjaya mempengaruhinya untuk bangun kembali, andai telah berjaya memenangkan seorang insan dan suatu hari nanti, dia akan kembali kepadamu untuk mengucapkan ’terima kasih’ sekurang-kurangnya. Sesungguhnya ucapan itu lebih bermakna daripada wang ringgit. Kepuasannya cukup tak dapat digambarkan.... indahnya hidup ini.. insyallah.