Sunday, September 18, 2011

raja yang benar-benar beraja

mardux berkata: siapa mampu menjadi raja....

aku ada terdengar satu penceritaan yang bagus untuk dikongsi.

kisah terjadi di sebuah kota di bandar xulon (bandar yang tak wujud).
seorang pemuda yang merantau dari kampung Xalem ke kota berkenaan.
merantau pemuda itu untuk mencari pengalaman disamping wang.
pemuda itu tiba di kota ini disuatu pagi....
dilihat kiri dan kanan...
ramai penduduk kota ini yang sibuk kehulu kehilir....
masing-masing sibuk mencari rezeki dan bekerja..
lama diperhatikan..
seperti tiada apa yang berlaku.
lama diperhatikan... lantas pemuda itu menegur seorang penduduk disitu.
"jon (panggilan mesra untuk menegur orang), bole tumpang tanya tak? kenapa saya tengok kota xulon ni macam tak ada pemerintah je? kota ni mengamalkan pemerintahan anarco ke?"
"oh.. jon, macam berminat je? sebenarnya kota xulon ni tak mengamalkan pemerintahan anarco. tapi ada cerita sebenarnya."
"cer cite.. apa la yang seronok sangat tu?"
"jon, kat kota xulon ni kalau ikut ada raja yang memerintah sebelum ni, ramai yang telah menjadi raja. Tapi ada syarat la. sesiapa boleh menjadi raja, mereka yang dilantik akan dilayang dan disanjung sebagaimana sanjungan dan penghormatan yang sepatutnya. akan tetapi semua ini akan berjalan selama 5 tahun sahaja. selepas tamat tempoh 5 tahun, raja itu akan dihantar ke lembah kering yang panas dan luas di padang pasir xabung.

raja akan dibiarkan sendirian disana. disebabkan syarat itulah tiada siapa yang mahu menjadi raja di kota ini. mereka juga ada melihat nasib raja-raja sebelum ini yang mati begitu sahaja di padang xabung sana. Jadi begitulah ceritanya."

setelah begitu panjang lebar penerangan yang diberi oleh penduduk kota xulon itu, pemuda ini mula menyimpan hajat untuk menjadi raja kota xulon.



keesokkan harinya, pemuda ini mengumpulkan orang kota xulon dan menyatakan hasratnya untuk menjadi raja. oleh kerana telah lama tiada raja, maka penduduk kota ini menerima hasrat pemuda itu lantas menabalkan pemuda itu menjadi raja.

acara penabalan dibuat secara gilang gemilang. kenduri, tarian, fiesta, expo dan konsert dibuat bagi meraikan pemuda itu. pemuda itu dilayan dengan penuh ketaatan. pemuda itu juga menggunakan sepenuhnya peluang ini untuk berseronok-seronok dan menikmati semua kenikmatan menjadi raja. penduduk kota melihat dan terpaksa melayan setiap permintaan pemuda itu. mereka terpaksa pasrah sehingga tamat tempoh.

Setelah genap 5 tahun tempoh menjadi raja, masa yang ditunggu-tunggu oleh penduduk kota xulon. pemuda itu diturunkan pangkat dan dibawa ke padang xabung untuk ditinggalkan. tetapi alangkah terkejutnya penduduk kota berkenaan, padang xabung tidak lagi tandus, tidak lagi kering. padang itu penuh kehijauan dan telah diairi. banyak tumbuhan telah tumbuh.

rupa-rupanya, selama 5 tahun tempoh yang telah diberikan kepada pemuda itu. dia telah menggunakan peluang untuk memerah tenaga penduduk untuk menanam, mengairi dan membangunkan padang xabung. walaupun pemuda itu dilihat bersenang lenang, tetapi pemuda itu telah membuat persiapan sebelum dihantar ke padang xabung.

kisah ini sedikit sebanyak telah menyedarkan kita tentang peluang yang diberi kepada kita sementara hidup. kita yang memilih samaada bersedia untuk ke alam akhirat atau terus hanyut dibawa arus kesenangan. tempoh diberi, kesenangan dikecapi. tetapi adakah bekalan kita di'sana' cukup untuk kita meneruskan kehidupan?
tepuk dada tanyalah hati..
sedialah sebelum terlewat. adakah kita ini raja yang benar-benar beraja?