Thursday, December 18, 2008

cari rumah untuk dibeli

mardux berkata:
barang sesiapa yang ada harta berupa tanah, rumah dan sebagainya
boleh la info kat aku....
aku ada ramai client yang nak jadi buyer

Sunday, November 16, 2008

kejujuran

mardux berkata: aku ada satu insiden nak kongsi.
semalam aku pergi ke pasar malam. lokasi dirahsiakan la.
waktu tu petang. aku nak beli lauk pauk untuk stok seminggu..
kenapa pasar malam? kenapa tak kat hypermarket?
hehehe ni cerita lain pulak...
ok sambung lagi cerita tadi.
jadi aku pun mula la cari-cari lauk yang aku nak beli.
macam biasa la. ayam. hehehe...
aku pun pilih seekor. "bang yang ni" aku tunjukan.
penjual tu ambil dan timbang terus. "RM6" kata penjual tu.
penjual tu terus potong - potong ayam yang di timbang tadi.
aku tengok je la. penjual tu selamba je asingkan hati, pedal, kaki.
lepas tu dia terus bungkus daging-daging tadi tanpa benda yang diasingkan tadi.
aik? pelik. timbang dengan benda tu tapi bayar tanpa benda tu.
aku tanya kat penjual tu. "bang, tak berdosa ke berniaga macam tu?"
penjual tu buat tak faham pulak. nampak sangat dia dah biasa buat. "berdosa ape nye?"
"yela.. tadi abang timbang dengan isi perut sekali tapi abang ambil isi dia dan jual balik, bukan macam mencuri ke?"aku tanya nak kepastian.
"eh ye ke?" tanya penjual tu sambil tersengih.
"kenapa pulak tersengih?..."
moral yang aku nak cerita bukan isi perut ngan kaki ayam tu. tapi kejujuran dia
dalam meniaga. kalau betul dia nak ambil benda tu. ambil la dulu sebelum timbang.
dah la tak tanya nak isi perut ke apa. tapi suka hati dia aja.
agaknya dah berapa banyak la dia ambil dari orang lain yang tak sedar.
aku bukanya nak sekolahkan dia tapi dia dah besar panjang. tak kan nak makan rezeki macam tu... TAK BERKAT la.
moral untuk aku, lain kali kalau beli ayam, aku potong sendiri kat rumah.
baru aku puas hati.

Thursday, November 13, 2008

kemana nak bawa harta?

mardux berkata: petikan ini dipetik daripada tukartiub

OBAMA – KITA MERAYAKAN MERITOKRASI
Hegemoni budaya gerombolan United Malays National Organisation amat meluas. Hegemoni budaya yang selama 50 tahun ini telah meresapi ke dalam semua jalur falsafah dan cara pemikiran warga Malaysia.
Hegemoni ini telah memaksa kita semua melihat diri kita bukan sebagai warga Malaysia – anak semua bangsa - tetapi melihat kewujudan kita sebagai orang berbangsa Melayu, Cina atau India atau bangsa-bangsa lain. Dalam identiti diri yang luas ini kita telah gagal untuk melihat diri kita sebagai warga negara bangsa dalam satu kesatuan. Jauh sekali untuk melihat diri kita sebagai warga dunia.
Tekanan hegemoni ini telah memaksa semua warga berfikir dengan menggunakan pendekatan, kayu ukur dan kaedah gerombolan United Malays National Organisation berfikir. Hegemoni ini memaksa kita melupakan meritokrasi.
Meritokrasi boleh kita hayati dengan memahami bahawa :
1 – berasas keupayaan individu bukan kerana kelas, derajat, seksualiti atau kekayaan
2 - individu di anugerah kerana keupayaan dan ketrampilan untuk mencapai anugerah itu
3 – memajukan individu berdasar ketrampilan individu
Konsep meritokrasi ini tidak ada memasukkan bangsa, kelas, agama, seksualiti atau gender. Konsep ini mengajukan keupayaan individu. Konsep meritokrasi ini mengajukan ketrampilan fikrah individu tanpa mengira bangsa, kelas, agama, seksualiti atau gender. Jika individu itu memiliki berkeupyaan terunggul maka individu itulah yang akan dipilih. Jika susuk itu bijak berilmu maka susuk itulah yang diangkat untuk dinobatkan sebagai Professor – bukan kerana dia Melayu atau kerana dia ketua cawangan atau kerana dia saudara kepada Menteri Pelajaran.
Meritokasi ini agak senang di hayati kerana ianya sedang diamalkan dengan terbaik dalam arena sukan.
Jika seorang Mamat pelari 100 meter itu deras berlari maka dia akan menjadi jaguh. Tidak ada huh tidak ada hah disini. Jika Minah Cun itu cekap berenang maka Minah Cun ini akan mendapat pingat emas di sukan Olympik. Yang terbaik adalah asas meritokrasi.
Terbukti jelas dalam arena sukan meritokrasi telah diamalkan. Justeru sukan dilihat sebagai satu aktiviti yang adil , telus dan jujur. Terlalu susah untuk rasuah masuk dalam budaya sukan yang mementingkan merit individu.
Jika ada percubaan untuk mengangkat seorang pelari 100 meter kelas kedua untuk ke kelas pertama kerana dia saudara Menteri Sukan atau kerana ayahnya dulu jaguh negara, lambat laun akan terlihat juga oleh orang ramai. Ahli sukan kelas kedua ini akan tetap di kelas ke dua apabila diduga. Yang bukan jaguh tetap bukan jaguh.
Justeru, konsep meritokrasi ini amat berguna untuk sesebuah tamadun mara maju ke hadapan. Apa yang menghalang meritokarsi dari dirayakan dan dinobatkan dalam sesebuah masyarakat ialah nilai feudal. Nilai feudal akan menghalang meritokrasi dari berkembang.
Dalam negara kita budaya feudal ini yang masih menebal terutama dalam masyarakat Melayu. Budaya ini telah digunakan sebaik mungkin oleh gerombolan United Malays National Organisation untuk dijadikan sebahagian dari proses politik mengaut penyokong.
Nilai budaya fuedal gagasan gerombolan United Malays National Organisation ini gagal melihat kejaguhan dan keupayaan individu tetapi melihat susuk berbangsa apa, kelas apa, ada-kah dia memiliki derajat atau harta kekayaan.
Disinilah lemahnya nilai budaya feudal. Kalau buah fikiran itu kurang baik tetapi ianya wajib diterima pakai kerana tuan empunya pandangan itu seorang yang berderajat tinggi, berharta atau berpangkat atau kerana bangsanya. Akhirnya kita sebagai warga dipaksa melakukan sesuatu yang bodoh kerana idea bodoh ini datangnya dari seorang yang berderajat tinggi.
Jika budaya feudal jadi amalan pasti tamadun itu tidak akan berkembang.
Gerombolan United Malays National Organisation telah mengamalkan konsep Ketuanan Melayu. Konsep dan falsafah Ketuanan Melayu ini melanggar dan menghancurkan nilai meritokrasi.
Contoh terbaik untuk melihat bagaimana nilai Ketuanan Melayu menghancurkan tamadun negara bangsa ialah dalam bidang keilmuan dan pembelajaran. Pada satu ketika dahulu Universiti Malaya adalah diantara gedung-gedung ilmu yang unggul dalam dunia. Hari ini ianya telah merosot kerana keilmuan itu bukan lagi berasaskan meritokrasi tetapi berasaskan Ketuanan Melayu.
Susuk-susuk yang berilmu tidak dapat mencari ruang untuk mengembang potensi keilmuan jika susuk-susuk ini bukan orang Melayu. Atau jika pakar keilmuan ini tidak menelan Ketuanan Melayu.
Masa demi masa budaya keilmuan semakin merosot maka akhirnya orang bodoh akan menjadi guru untuk mengajar orang yang lebih bodoh. Orang yang lebih bodoh ini akan juga menjadi tenaga pengajar untuk orang yang lagi banyak banyak bodoh. Ini terjadi di semua gedung keilmuan dalam negara ini. Hasilnya universiti dan gedung keilmuan kita hanya sanggup mengeluar graduan-graduan yang bodoh-bodoh dan tidak memiliki pemikiran kritikal tetapi mereka Melayu.
Inilah satu contoh teragung betapa bodohnya konsep Ketuanan Melayu yang menjadi paksi budaya gerombolan United Malays National Organisation.
Sayugia disedari gerombolan United Malays National Organisation telah berkuasa 50 tahun lebih, maka hegemoni budaya feudaal yang anti meritokrasi telah menyerap dalam mempengaruhi semua jalur pemikiran warga.
Akhir-akhir ini kita telah melihat bagaimana hegemoni budaya ini tanpa disedari telah juga digunakan dalam hujah yang diguna pakai oleh ahli-ahli dan simpatisan Pakatan Rakyat. Contoh terbaik apabila kedengaran tuntutan agar di wujudkan Timbalan Perdana Menteri Kedua dari yang Bukan Melayu.
Pesoalan timbul - Apakah jika Yang Bukan Melayu ini akan menjamin seorang yang itu hebat pimpinannya, hebat jiwa juangnya, berhati rakyat atau hebat pemikiranya? Susuk Bukan Melayu tidak menjamin apa-apa.
Hujah ini tidak ada bezanya dengan tuntutan agar Perdana Menteri itu mesti seorang Islam. Menjadi Islam sahaja tidak akan menjamin ketrampilan fikrah seseorang itu. Menjadi Islam sahaja tidak menjamin kualiti pimpinan. Terbukti dengan jelas dan tidak perlu bersuluh bahawa yang Islam juga amat bijak berasuah. Yang Islam juga cukup hebat dan bijak melakukan kezaliman dan keganasan. Kezaliman bukan sahaja kepada yang tidak seagama malah yang seagama pun di libas sama.
Apakah kita lupa bahawa ahli-ahli dan pucuk pimpinan gerombolan United Malays National Organisation semuanya penganut Islam. Ramai diantara gerombolan ini telah berpuluh kali berumrah. Berbelas kali naik haji. Tetapi lihat hasinya- taraaak.
Kita wajib menobatkan yang berilmu. Kita wajib menobatkan yang jaguh. Dalam semua bidang yang bijak fikrahnya wajib dihadapan. Anak semua bangsa - kita wajib merayakan meritokrasi.

Wednesday, October 29, 2008

apa sudah jadi?

bulan makin hujung
tahun makin anjung
umur makin gancung
muka makin cekung
semua benda yang berlaku macam tiada harga
semua agenda yang berlaku macam tiada cahaya
semua berita macam direka
semua cerita macam dicipta
perancangnya cukup teliti... itu dulu...
sekarang perancangnya dah nyanyuk
banyak sumber yang dah muak dengan penipuan
banyak sumber yang dah jelak dengan pemalsuan
banyak sumber yang dah elak dengan habuan
banyak sumber yang dah pelak dengan penindasan
tetapi...
kenapa banyak lagi orang kita yang tuli
kenapa banyak lagi orang kita yang kaku
kenapa banyak lagi orang kita yang rabun
kenapa banyak lagi orang kita yang sondol
kenapa banyak lagi orang kita yang cilok
kenapa banyak lagi orang kita yang dengkal
tolonglah...
fikirlah...
renunglah...
dengarlah...
pejam dan duduk....
bayangkan berapa banyak benda yang palsu telah di'tak kisah'kan.
atau perlu lagi 50 tahun untuk memahamkan
atau perlu lagi 50 tahun untuk difahamkan
atau perlu lagi 50 tahun untuk dijelaskan
atau perlu lagi 50 tahun untuk diterangkan
siapa yang nak mengajar?
siapa yang perlu diajar?
siapa yang perlu belajar?
apa yang perlu diajar?
jangan sampai dah masuk lahad baru menyesal.
dah lewat.
duduk... dan fikirlah

Tuesday, October 28, 2008

kaki pukul ke?

mardux berkata:
tadi member aku ada bagitau ada satu nombor
0192052011
buat panggilan.
first dia ugut nak bunuh.
lepas tu mintak duit kalau nak selamat.
letak telefon, dia SMS pulak....
apa ni?
beraninya..
siapa la agaknya orang ni...
bangsa india...

Wednesday, October 8, 2008

pening

aku pun tak tahu apa cerita yang melanda negara.
bosan, adakah anda sudah bersedia untuk menerima
pemimpin baru yang berkaliber?
sama-samalah kita bersiap sedia menanti pemimpin baru...

Tuesday, October 7, 2008

pendapat aku

kawan-kawan gua selalu bising pasal poitik sekarang.
ada yang ok ada yang ko.
gua tak la berapa arif sangat tentang poitik ni.
sebab bagi gua...
POLITIKUS YANG RAKUS HARUS DI HAPUS
kalau lu orang perasan la... sejak 8 mac hari tu...
macam -macam benda yang jadi. lepas satu, satu...
parti pemerintah semakin lemah..
banyak punca yang di kesan oleh mereka...
tapi bagi gua...
ada satu faktor yang utama.
BONUS tahun lepas...
mungkin tahun lepas orang tak perasan.
tapi kesan daripada ketidak 'bagi'an Bonus hujung tahun kepada gomen servent
banyak menyusahkan mereka dan keluarga mereka.
fikir semula ... masa tu nak raya....
belanja macam-macam nak pakai. seksa...
gomen bagi tau last minute..
diorang ni gelabahla... ada ke patut diorang suruh menyimpan.
dalam masa sebulan... nak menyimpan kepala toya dia..
mas tu hujung tahun. maa yang kena bayar roadtax masa ni la merancang nak guna duit Bonus... tapi...
tak bagi. terseksa....
gaji di beri awal...
gaji bulan seterusnya.... ambik nak hujung bulan... berapa hari lagi
masa tu memang survivelity mereka tercabar.. terseksa.
masa ni la mereka menyumpah. memaki, mencari jalan lain, menyimpan dendam.
nah.. siapa mangsa? ALONG seronok masa ni. banyak mangsa..
kesan dari seksaaan ni menjadi nanah beberapa bulan dan pada 8 mac..
nanah ni pecah. PADAN MUKA.
entah la. kenapa la masa tu diorang tak jaga gomen servant ni.
bukan banyak, 1.8 juta je... tak termasuk keluarga, mak bapak, anak, kawan dan sesiapa yang berkait ngan mereka ni akan di jaja dendam mereka pada GOMEN.
jadi... mane tak meletup...
tapi semua ni dah lepas.
orang malaysia ni cepat lupa kebaikan yang di beri.
tapi orang malaysia ni juga susah nak lupa kejahatan yang dikenakan. ia menjadi DENDAM.
itulah orang malaysia....
duduk, tunduk dan fikirkan la...

Monday, October 6, 2008

malas

kembali berjuang untuk masa depan..
sesiapa yang rajin buat la...

Sunday, September 21, 2008

cakap kena ingat la

sekarang ni zaman orang cakap tak serupa bikin.
cakap ikut sedap mulut.
cakap ikut gerak hati.
cakap ikut kelip mata.
cakap ikut bunyi kentut.
cakap ikut suka.

masa sekolah rendah, yang islam belajar agama, akidah.
yang bukan islam belajar moral.

benda macam ni bukan boleh belajar sehari dua.
benda macam ni bukan boleh ikut baka.
benda macam ni bukan boleh ikut bulu.
benda macam ni bukan boleh ikut air.

pelik, dulu kita nak bagitahu satu benda, kita kena fikir berkali-kali..
tapi sekarang tak perlu dah... cakap je.. bagitahu je.
kalau tersilap, salahkan orang yang dengar kata dia salah faham.
kalau tersilap, salahkan orang yang dengar kata dia salah tafsir.
kalau tersilap, salahkan orang yang dengar kata dia cuba buat konspirasi.
kalau tersilap, salahkan orang yang dengar kata dia cuba buat fitnah.

senang... tak perlu minta maaf.
tak perlu rasa bersalah.
tak perlu rasa berdosa.
tak perlu rasa hilang maruah.
tak perlu rasa apa-apa.
nah... selesai masalah. padan muka.

Tuesday, September 16, 2008

makin parah

betul la tu... sekarang kita makin parah ni..
macam macam perkara dari nafsu, kekejaman, kemanusiaan,
ketamakan, iman pun sama....
apa yang berlaku ni?
tolong lah sama-sama...

Sunday, September 14, 2008

Black MOnday

"Black Monday adalah nama yang diberi untuk hari isnin 19 okt 1987, apabila stock market seluruh dunia jatuh menjunam, kejatuhan besar dalam tempoh yang singkat. kejatuhan bermula di Hong Kong, tersebar ke barat melintasi zon masa antarabangsa ke Eropah dan menganjur ke Amerika...."
- itu untuk bisnes la...
tapi
hari isnin....
bagi yang kerja pejabat... hari ni macam Black Monday bagi
diorang.. sebab.. dah cuti, jadi nak mula balik kerja
kena ambil lajak la dulu.
tapi kalau dah mula kerja tak jadi masalah la...
biasa kalau dah jumaat macam tu juga.
tapi jumaat semangat lain... tu dah jadi budaya...
kalau yang kerja syif pula lain tabiinya..
syif siang-malam. bila syif siang, kerja macam normal
tapi... syif malam, abnormal.setuju?
kualiti kerja? susah nak kata juga.
member gua dulu ada cerita la pengalaman dia...
7 tahun syif malam.. dah jadi kelawar la pulak.
dia kerja kilang... dia pun dah konfius pasal masa ni.. siang dengan malam
dah macam lebih kurang je. tidur pun ikut sempat je.
mula-mula layan syif malam kurus juga kawan tu.. tapi setahun je... lepas dah
biasa, makin sihat pulak...
satu perkara lagi nak cerita pasal kerja..
katanya start masuk kerja 8 malam... hehehe
punch card...
sembang-sembang... pukul 10 mula kerja...
pukul 12 dah berhenti.. makan.
lepas sejam. berehat. sejam lagi.pukul 2 setengah pagi baru mula balik...
pukul 4 setengah dah berhenti lagi... makan lagi.
sejam .. lepas tu dalam pukul 6 konon-konon nak mula kerja semula la...
kerja main-main hehehe.. pukul 7 dah habis kerja. sejam lagi masa untuk menunggu syif seterusnya...
macamana? seronok tak? begitulah selama 7 tahun....

Thursday, September 11, 2008

apa yang berlaku ni?

seakan baru semalam tersedar..
pelik la suasana politik negara...
pening
sekejap cakap macam ini,
sekejap cakap macam itu,
lepas tu kalau tersalah cakap, mula la salahkan orang
yang mendengarnya..
sama juga, yang cakap tu pakai mulut, yang dengar tu
pakai telinga. tak tahu la yang cakap tu pakai hidung
dan yang dengar tu pakai gigi.
banyak sangat isu yang timbul.
kalau kumpulan fana..tik dah tentu ada alasan tersendiri
untuk mempertahankan. tapi kalau yang dah tak suka pula
akan ada sahaja cerita disebalik cerita.
ini namanya interpertasi masing -masing...
ya la.. kalau dah tak suka... siti pun dikata tak best..
kalau dah suka... tiang gol pun dikata best.
sampai bila agaknya benda ni nak selesai?
yang nyata setiap pilitikus yang rakus ni ada agenda
mereka tersendiri dalam setiap gerak geri, tindak tanduk,
cakap cakap, sembang sumbang, senyum sengih mereka..

Tuesday, September 9, 2008

huru hara cuaca

huru hara
huru hara
huru hara
suasana sekarang ni huru hara ke?
tak lah. cuaca je.
kadang -kadang hujan, kadang kadang panas.
tiba - tiba kering... poket la
hujan pun dah tak menentu.
kalau kat KL duit minyak bulan ni banyak la yang kena keluar...
takut hujan.. bawa kereta.
kalau ada rezeki kurang.. naik bas. SAVE budget.
tak apa la. dalam setahun ada 365 hari.. berapa hari je yang kena naik bas..
hehehe kan senang. tak payah isi minyak, tak payah tekan minyak, tak payah naik minyak (sesak dalam jem), tidur pun boleh. SENANG.

Sunday, September 7, 2008

pasar gesel

bulan puasa ni...
pasar gesel... tau tak?
biasa kalau bulan puasa ni banyak tempat orang berniaga
kuih, makanan, minuman dan macam-macam juadah
tempatnya... PASAR GESEL..
tau? tempat macam ni biasanya dibuat di satu tempat, rapat-rapat, sesak,
tempat orang senang nampak. lepas tu tempat macam ni dah tentu lah ramai orang yang datang.
yang puasa - dah tentu nak cari juadah berbuka.
yang tak puasa - dah tentu nak cari juadah makan.
yang tak tau hujung pangkal - belasah je.
macamana tak sesak. masa ni lah pembeli-pembeli, pemerhati-pemerhati, pe'window'-pe'window'shoper, penyemak kat situ. jadi bergesellah mereka antara satu sama lain.
lelaki, perempuan, tua, muda, separuh umur, bayi, kanak-kanak, baligh, monopaus dan macam -macam.
ha kan dah bercampur gaul.
tapi macamana puasa pula?

Thursday, September 4, 2008

merdeka 16 sept?

cuba fikir. kenapa 16 sept iaitu hari penubuhan Malaysia tidak dijadikan tarikh kemerdekaan?
apa yang istimewanya tarikh 31 ogos tu?
apa yang berlaku pada 31 ogos tu sebenarnya?
cuba kita fikir balik.

beli baju, bajet tak cukup?

ha.. sekarang musim puasa ni orang dah sibuk membeli belah..
time ni la macam - macam jenis SALE yang ada...
so berhati-hati ada macam-macam penipuan akan berlaku.
terkena.
mengena.
dikenakan.
kena la.
tapi kalau dah tak ada bajet sangat
hmm... beli je kat kedai bundle...
tau tak?
BUNDLE..
kedai jual baju, seluar, pakaian, aksesori pakaian, dan macam -macam lagi.
tapi SECOND HAND. branded. banyak pilihan.
cuba la....
kat dalam malaysia ni ada berlambak kedai bundle...
bak kata orang dari perlis sampai la ke sabah. mesti ada punya.
tak percaya, try..
kat sini boleh gak cari REEBOOT BUNDLE, kat Senawang. Puas hati...

Wednesday, September 3, 2008

kena tipu lagi

kenapa la agaknya sekarang ni selalu pening je?
mungkin sebab banyak sangat kena tipu.
aku pun dah pening.. perut dah la pening..
hmm... pening aku..

Tuesday, September 2, 2008

fakta ke?

BERITA SEDIH

Pada bulan Ogos 2008 yang baru lalu seramai 13 wartawan/pemberita telah mati terbunuh.
Terakhir tiga terbunuh di perang Georgia/Russia dan dua di Selatan Filipina. Dua lagi terbunuh di Siam dan dua lagi di Pakistan.
Tahun lalu ( 2007) jumlah wartawan/pemberita yang terkorban ialah 117- dari tukar tiub blogspot

lim goh tong muslim?



THIS IS SHOCKING NEWS !!!_,_._,___

(KUANTAN, Friday) The Syariah Court today has today declared that the late Tan Sri Lim Goh Tong was a Muslim more than 10 years ago when he passed away, in 2007. The Syariah Court also ruled that since no non-Muslim is allowed to inherit any part of a Muslim's assets or wealth, the inheritance of Lim's property by his non-Muslim children are invalid and unlawful.
"Therefore, the assets should be immediately returned to Tan Sri Lim's name, and then redistributed to his Muslim heirs (if any) according to Syariah law. If he has no Muslim heir, then the assets shall be given to the Islamic authorities and they can do whatever they wish. The non-Muslim children are disinherited." The Syariah Court ruled.
Dato' Zakaria Lim Abdullah, 35, the late Tan Sri Lim's only Muslim child and the 20th of his 20 offsprings, is now poised to become the Chairman of Genting Group, 1 of Southeast Asia's richest companies worth RM2 trillion as at press time. (He would have inherited only 1/20 of Tan Sri Lim's assets if Tan Sri Lim was not declared a Muslim.) However, he refused to confirm whether he would stop the gambling business of Genting even though it is haram under Islamic law.
"Are you saying that our Hadhari government should refuse to collect taxes from gambling, alcohol, pork and other haram businesses?" Dato' Zakaria replied, perhaps rhetorically.
Dato' Zakaria has also said that his shall honor his pledge to donate 1/10 of his newly inherited fortune to Jabatan Agama Islam Pahang and UMNO in equal share if he won the case, made 3 days before the Syariah Court decision.
"Business Reasons"
"My late father wanted to keep his conversion secret because he was a gambling tycoon, and he did not want to jeopardize his gambling empire
or make his shareholders lose confidence in Genting," said Dato' Zakaria during the hearing in Syariah Court . The Syariah Court felt that "this is most likely true because of the huge business implications. It is very normal for Chinese to do this. We can accept that."
As to the testimonies of Tan Sri Lim's 19 other offsprings in the Syariah Court, who unanimously disputed the alleged conversion, the Syariah Court said, "Even though it is 19 to 1, but because the non-Muslim witnesses refused to swear on the Qur'an before they testified in court, we could not consider their testimonies. In any event, even if they did swear on the Qur'an, the non-Muslims would still carry less weight when compared to the testimony of 2 Muslim men. It is not about the number, it is about quality of the witnesses."
The other witness supporting Dato' Zakaria's claim to have witnessed Tan Sri Lim's conversion is Ustaz Abdul Rahman Ganinah Abdullah, 23 year old. The Ustaz would have been only 13 year old at that time of the conversion, but the Syariah Court said that,"Being a righteous, God-fearing Muslim, we have no reason to suspect that the Ustaz told any lie. In any event, he has reached the age of puberty at the time (of the conversion) so he was qualified to witness the conversion."
"Answer To God" It Depends
The Syariah Court has also ruled that the overwhelming evidence of Tan Sri Lim drinking alcohol, praying to pagan idols, celebrating pagan religious festivals, eating pork and gambling in his own Genting Casino and generally behaving like a non-Muslim all his life until his death was irrelevant. "Once you have converted, you are a Muslim till you die, no matter what you did before your death. You will answer to God for all your sins."
However, on the same kind of "answer to God" argument made by the non-Muslim children that:"By the same logic, the Deceased himself should answer to God for concealing his alleged 'conversion' from his family and resulting in him not being buried as a Muslim and his assets distributed among his non-Muslim children; it's not up to the Islamic Authority to insist on his assets being inherited under Islamic law if he, KNOWING THAT HIS ASSETS WOULD BE DISTRIBUTED LIKE AN INFIDEL (AND HE MIGHT BURN IN HELL), still didn't want to tell his family to bury him as a Muslim and distribute his assets like a Muslim."
The Syariah Court said "you cannot say he must answer to God for everything. Sometimes he also has to answer to us, the Islamic Authority and Syariah Court . If we say he has to answer to us, then he has to. When it comes to God's law, logic has nothing to do with it. Why is it so difficult to understand?"
"New Conversion Policy" vs New Economic Policy
The case to declare one of the richest Chinese in the world (at his death) as a Muslim was started 2 years ago (8 years after his death), 1 month after another non-Muslim Malaysian tycoon's Muslim son was able to exclusively inherit his father's global business empire worth RM80 billion at that time by proving in Syariah Court that his father had "converted in secret," resulting in his mother and all 9 other siblings losing the right to inherit any part of the tycoon's wealth, leaving him the sole heir to the huge fortune.
There are currently at least 200 more cases of the same nature pending before the Syariah Courts nationwide involving deceased non-Muslims who were wealthy during their lifetime and left behind a huge personal fortune. Rough estimate suggests that 50% of them were started by 1 of the
Muslim children of the deceased (99% of them newly converted as Muslims), and the rest by the Islamic Authorities seeking to disinherit all non-Muslim children.
If all of the cases succeed, it is estimated that the ratio of equity held by Muslims in Malaysia would jump from the meagre 19% as at 1 January 2018 to 76%, a whopping
3-fold increase.
The Perak Mufti, who applauded the Syariah Court's ruling, said that this wave of after-death declarations of conversions is the new approach taken by the Islamic Authority to speed up the Islamicization of Malaysia, butis also designed to achieve the government's goal to redistribute wealth among the races which the government could no longer do (and failed repeatedly to do) under the now abolished National Economic Policy
"By creating real economic incentives for the dhimmis to become a real citizen of the Islamic state, we expect more of them to embrace the true path, and this will mean that we no longer have to rely on the NEP to achieve such noble socio-economic goals of the government. Besides, this is more effective because to take money away from living people will create a lot of noise, but a dead person will not make any noise, right?" He
said.
However, it is not clear whether the non-Muslim children would still be able to keep their inheritance if they convert to Islam immediately. The Mufti of Perak, when consulted on this issue, said,
"If that could bring them to Islam, then it would be good, so the Syariah Court should allow that. But then it might be unfair to those children who converted into Islam earlier perhaps we can still allow them to inherit only 30% of what an "early bird" Muslim heir would have been able to get, to provide some "early bird bonus incentives" for them to convert earlier. When we are dealing with Chinese, such bonus incentives are very important, if you know what I mean. Anyway, we'll think about this in the next National Fatwa Council meeting. But rest assured that we shall continue to our struggle until the Kingdom comes (literally)."
Chinese Beginning to Be Concerned
The Chinese community has now taken this matter very seriously and are brainstorming on the options to overcome this problem. They have also called for an end to the practice of declaring a person's status as a Muslim after his or her death, a radical change from their usual attitude to shy away from controversial political and religious issues. Analysts believe that this is because this is threatening their economic interests.
Supporters of the now semi-defunct Malaysian Chinese Association, Gerakan and Malaysian Indian Congress, still part of the ruling Barisan Nasional coalition, have called on the top BN leadership to put forward a plan to resolve such controversial and provocative religious issues once and for all and in a manner which is fair to the non-Muslims. An MCA leader who declined to be named told our reporter:
"We fear a backlash. Most NGO and opposition leaders have called on the non-Muslims to boycott BN if no fair solution is put forward before the upcoming general election. These issues have been around since at least the Moorthy controversy in 2005 but still remained unresolved. The are now affecting the basic security and fundamental well-being of the non-Muslims."
This is a very serious issue for all non-muslim Malaysians to think over since several recent cases have been unjust and unfair, and the basic constitutional RIGHTS been taken away from them. It's no longer a safe country to live.
[Juslo's clarification: This is purely a SATIRE. NOTHING in this post is factually true. DEEP APOLOGIES to the family of the late Tan Sri Lim Goh Tong. Forgive me for using a real, prominent name in order to try to bring out the real, concrete implications of the stupidity, madness and suffering which are happening in Malaysia right now, and hopefully to raise awareness of the people, Muslims and non-Muslims alike.]

Monday, August 25, 2008

makin muak

apa dah jadi ni?
balik-balik cerita lawak. nasib baikla ada wartawan daripada blog
tukartiub... bro hishamuddin rais la...
kalau tak. tak dapat jugak maklumat ni.

Sunday, August 24, 2008

kedai jual baju

hari ni bosan gila, semua orang bising sebab tv tak habis-habis buat cerita lawak...

politik... paling sensasi dah macam cerita lucah. semua orang tengok...
tapi paling syok nk tengok time puncak...
hehehe.. malam nanti la kemuncaknya.
satu menang, satu lagi menang, satu lagi menang.
entah siapa yang kalah. tapi yang nyata permatang pauh untung.
mintak apa sahaja dapat.

kedai jual baju pun boleh untung. jual cenderamata.
tempah baju pilihanraya. biarlah.
tapi samaada menang kalah atau gigit jari kita tunggu.