Sunday, September 14, 2008

Black MOnday

"Black Monday adalah nama yang diberi untuk hari isnin 19 okt 1987, apabila stock market seluruh dunia jatuh menjunam, kejatuhan besar dalam tempoh yang singkat. kejatuhan bermula di Hong Kong, tersebar ke barat melintasi zon masa antarabangsa ke Eropah dan menganjur ke Amerika...."
- itu untuk bisnes la...
tapi
hari isnin....
bagi yang kerja pejabat... hari ni macam Black Monday bagi
diorang.. sebab.. dah cuti, jadi nak mula balik kerja
kena ambil lajak la dulu.
tapi kalau dah mula kerja tak jadi masalah la...
biasa kalau dah jumaat macam tu juga.
tapi jumaat semangat lain... tu dah jadi budaya...
kalau yang kerja syif pula lain tabiinya..
syif siang-malam. bila syif siang, kerja macam normal
tapi... syif malam, abnormal.setuju?
kualiti kerja? susah nak kata juga.
member gua dulu ada cerita la pengalaman dia...
7 tahun syif malam.. dah jadi kelawar la pulak.
dia kerja kilang... dia pun dah konfius pasal masa ni.. siang dengan malam
dah macam lebih kurang je. tidur pun ikut sempat je.
mula-mula layan syif malam kurus juga kawan tu.. tapi setahun je... lepas dah
biasa, makin sihat pulak...
satu perkara lagi nak cerita pasal kerja..
katanya start masuk kerja 8 malam... hehehe
punch card...
sembang-sembang... pukul 10 mula kerja...
pukul 12 dah berhenti.. makan.
lepas sejam. berehat. sejam lagi.pukul 2 setengah pagi baru mula balik...
pukul 4 setengah dah berhenti lagi... makan lagi.
sejam .. lepas tu dalam pukul 6 konon-konon nak mula kerja semula la...
kerja main-main hehehe.. pukul 7 dah habis kerja. sejam lagi masa untuk menunggu syif seterusnya...
macamana? seronok tak? begitulah selama 7 tahun....

No comments: