blog ini mengandungi data yang tidak betul faktanya. cuma baca sahaja. mungkin ada idea yang boleh dipercayai. atau mungkin ada yang tak boleh pakai.
Saturday, December 15, 2012
hak yang batil
mardux berkata:
hakikat adalah kenyataan yang pasti, keyakinan adalah hakikat yang nyata dari hati... hakikatnya hati yang pasti adalah keyakinan yang nyata. oh....
kenapa sukar membuat pilihan....
Thursday, August 2, 2012
get it free
mardux berkata: it easy as one.. get to hear free
How to dwd mov fm yt
First copy
http://www.youtube.com/watch?v=5QD5n98R_nk
then change youtube to voobys
http://www.voobys.com/watch?v=5QD5n98R_nk
then that’s it..
but… u should have java file first.
If not dwd this first.
ok set back and enjoy..
Monday, April 23, 2012
malaikat kecil....
mardux berkata: aku minat ngan cerita ni credit utk blog ni*
“Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.
Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata “Ayah! Saya dah bersedia” Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”. “Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah” ”Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat” ”Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun” Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini” Dengan merintih anaknya merayu “Benarkan saya pergi ayah?” Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya “Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!” ”Terima kasih Ayah”
Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu. Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal. Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali.
Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. “Nak, apa yang makcik boleh bantu?” Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”. Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi. ”Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu” dalam nada yang lembut Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya “Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu” Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. “Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya.
Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini” Air mata mulai bergenang di kelopak matanya. ”Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”. ”Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama.
Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu” ”Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”. ”Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi”.
“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka” Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR! Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang. Panjangkanlah risalah ini.
Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!
ALLAHUAKBAR!
Wassallam
Saturday, April 21, 2012
kenapa perlu risau
mardux berkata: kenapa perlu risau....
bukan semua yang berlaku menjadi punca atau sebab untuk dirisaukan....
tapi benda-benda ni lah yang menyebabkan ada antara kita yang tidur tak lena makan tak lalu...
puncanya ... RISAU...
kadang-kadang kita ni terlalu obses terhadap sesuatu sehingga tidak ambil peduli akan keperluan asas yang sepatutnya kita buat....
ingat... jangan risau sangat. ada jalannya.. setiap apa yang berlaku ada hikmahnya...jangan lah risau sangat... ingat...
insyaallah.. bak kata Maher Zain "Ada jalannya..."
Tuesday, April 10, 2012
kenapa perlu aku buat tapi bukan dia...?
mardux berkata: kenapa perlu aku buat tapi bukan dia...?
pernahkah anda terfikir kita telah membenarkan org lain melangsungkan kehidupan mereka
atas kejerihan usaha kita tanpa belas dan rasa bersalah?
atau mungkin tanpa disedari kita telah diperlakukan atas kurang prihatin kita terhadap tugas
sebenar kita sehingga kita diperkudakan..
persekitaran kerja kita kadang-kadang menyebabkan kita rasa bersalah utk org lain melaksanakan tugas
berkenaan sehingga kita yang "terlalu rajin" melaksanakan kerja orang lain. alasannya.. alang-alang kit adah buat...
tapi yg nyata org yg sepatutnya terima mewah menikmati masa yg terbszit berkenaan..
Friday, March 16, 2012
betul ke sikap kita?
mardux berkata: bandingkan sikap kita dengan sikap dia...
satu lagi insiden yang menjadi titik tolak pertanyaan dalam diri aku....
adakah anda benar benar bersikap seperti yang perlu kita bersikap demikian?
atau adakah sikap kita benar-benar mengecewakan orang lain yang beranggapan bahawa sikap kita sewajarnya diubah..
tapi...
mana ada manusia yang mengaku buang najis di jalan....
sukar untuk kita jumpa orang yang benar-benar boleh terima kritikan... teguran...nasihat.. bahkan orang akan bermati-matian mempertahankan sikap masing-masing yang pada dasarnya memang tidak wajar...
kita akan memutarkan fakta, mengolah fakta, membesar yang kecil, mengecil yang besar seraya mendakwa bahawa kita telah buat yang terbaik... sedangkan hasil yang diperolehi hanya sekadar melepaskan batuk ditangga..
nah.... sikap .. begitulah seterusnya....majulah...
kawan
jangan SELFISH......
teringat kata-kata bos aku
" sebelum kita mengharapkan orang lain puas hati dengan hasil kerja kita, tanya pada diri kita, adakah kita benar-benar puas hati akan kerja yang kita laksanakan? cukupkah usaha kita untuk menzahirkan kerja itu, atau padankah inisiatif kita dalam menterjemahkan tugas kita? "
sukar untuk memudahkan, mudah untuk menyukarkan....
Monday, January 23, 2012
kecil tetapi besar
mardux berkata: kecil tapi besar
insiden berlaku bulan lalu di kota untuk orang yang bakal menjadi pesara... aman dan nostalgik.. Taiping..
waktu tu aku bersama keluarga aku ber'cuti' di sana...
tengahari tu aku singgah di satu gerai makan di kaki bukit. untuk makan..
makanannya boleh la dikatakan antara yang bagus.
air cuci tangannya... SEJUK? ish... tengahari ni... air bukit kot..
kami makan.
selesai makan, tiba masa aku untuk membayarnya.
aku bawak sekali anak aku...
makcik cashier tu tanya aku (mc)" anak seorang ke?"
(ak)" taklah.. berdua, kenapa?"
(mc)" nah ambil gula-gula ni, mak tok bagi... bagi kat kakak sekali"
(ak)" terima kasih"
esok harinya... aku masih lagi berada di kota ini...
aku melawat sekitar kawasan dan tempat yang wajarnya untuk di lawat..
waktu tengah hari tu..
aku tanya pada anak aku... kakak nak makan kat mana?
lancar je dia jawab... kat kedai maktok semalam la....
aku memandang muka isteriku dan setuju...
tiada perbezaan pun makanan disana... tapi di sebabkan satu pemberian kecil, tapi besar kesannya pada kami untuk kembali kesana...
Subscribe to:
Posts (Atom)