blog ini mengandungi data yang tidak betul faktanya. cuma baca sahaja. mungkin ada idea yang boleh dipercayai. atau mungkin ada yang tak boleh pakai.
Monday, January 23, 2012
kecil tetapi besar
mardux berkata: kecil tapi besar
insiden berlaku bulan lalu di kota untuk orang yang bakal menjadi pesara... aman dan nostalgik.. Taiping..
waktu tu aku bersama keluarga aku ber'cuti' di sana...
tengahari tu aku singgah di satu gerai makan di kaki bukit. untuk makan..
makanannya boleh la dikatakan antara yang bagus.
air cuci tangannya... SEJUK? ish... tengahari ni... air bukit kot..
kami makan.
selesai makan, tiba masa aku untuk membayarnya.
aku bawak sekali anak aku...
makcik cashier tu tanya aku (mc)" anak seorang ke?"
(ak)" taklah.. berdua, kenapa?"
(mc)" nah ambil gula-gula ni, mak tok bagi... bagi kat kakak sekali"
(ak)" terima kasih"
esok harinya... aku masih lagi berada di kota ini...
aku melawat sekitar kawasan dan tempat yang wajarnya untuk di lawat..
waktu tengah hari tu..
aku tanya pada anak aku... kakak nak makan kat mana?
lancar je dia jawab... kat kedai maktok semalam la....
aku memandang muka isteriku dan setuju...
tiada perbezaan pun makanan disana... tapi di sebabkan satu pemberian kecil, tapi besar kesannya pada kami untuk kembali kesana...
Subscribe to:
Posts (Atom)