Thursday, July 15, 2010

when we was?

mardux berkata:
ini antaranya...
how dare are they?
betul ke bahasa saya ni?
hehe
kalau salah tolong ajarkan

Monday, June 28, 2010

patut la bertungkus lumus...


mardux berkata: patut la bertungkus lumus..

ceritanya dah lama berkisar dengan kembaraan aku seremban kuala lumpur...
naik bas.. naik komuter...

kali ini aku naik bas..
saja je... lama juga aku tak naik bas ni.
awal aku naik. kejap lagi naik seorang lelaki chinese, pertengahan usia.. dalam 40 lebih la.
duduk sebelah aku.
lelaki chinese (LC): "boleh duduk sini ka?"
Aku (A) :" boleh, u bayar tiket, ada kosong mesti boleh duduk"
aku biarkan dia sibuk menyusun barangnya. nampak macam bercuti.
A: "banyak barang? balik kampung ke? cuti?"
LC: " saya mau pergi Kuala Pilah. bas direct dah penuh la.. kena pergi seremban dulu baru cari bas lain untuk g Kuala Pilah."
A: " jauh kerja? berulang hari-hari ke?"
LC: " mana ada, gila la mau ulang Kuala Pilah - Kuala Lumpur, aku keja hujung minggu baru balik."
A: ” bagusla... u balik sorang ke?”
LC: ” ya la... aku sorang saja... mini (bini) belum ada”
A: ” oooo.. i ingat u suda ada anak bini”
LC: ” hehehe.. belum la... mana mau cari duit?”
A:” aik? u bukan kerja cari duit ke?”
LC: ” Betul... tapi mana cukup maa.., sekarang kan.. barang banyak mahal woo... sekarang ni aku kerja mau cari duit mati maa..”
A:” Duit mati?, ape tu?”
LC:” sekarang ni kalau u tau, barang-barang semua sudah naik harga. Barang-barang mau mati pun sudah mahal. U tau itu keranda berapa harga?
A:” 2 ribu kot?”
LC: ” mana dapat... sekarang biasa saja suda dekat 5 ribu woo... itu tukang gali, tukang sembayang, tukang gendang, tukang macam-macam lagi... kenduri lagi... mau cincai dekat 20 ribu.. itu pun biasa saja”
A:” peh... bia betul...”
LC:” olang cina ni suka buang duit. Time beranak, kawin sama mati....”
A: ” yang lain-lain macamane?
LC:” itu pasal la aku kena cari dulu duit mati.. lepas da cukup baru aku cari mini (bini). Sekarang ni aku ingat sudah mau cukup. Lepas ni mau cari duit kawin pulak. Aku tak suka ksi susah sama famili kalau aku mati... diorang pakai saja duit aku sendiri. Nanti aku boleh rehat sana dengan tenang. ”
A: ” patut la u kerja betul-betul. Bertungkus lumus”
LC: ” ya la... siapa lagi mau tolong. Kita jangan suka susahkan orang lain. Biar kita mati orang tak susah. Cuba u fikir, kalau aku mati famili aku gaduh mau cari duit upah itu upah ini. Belanja itu belanja ini. Mesti diorang bikin tak ikhlas punya. Nanti aku mati tak tenang. Macam aku tinggal utang maa.. biar aku cari sendiri untuk diri aku... lepas ni baru aku boleh fikir pasal kawin... ”
A:” hmm... betul jugak.. Patut la bertungkus lumus. Alangkah bagusnya motivasi ni… kesedaran sendiri….”

Wednesday, May 5, 2010

ilmu ni...

mardux berkata: ilmu ni...

cerita ni pasal ilmu.
kadang - kadang bila kita cerita pasal ilmu mesti kita bayangkan kita kena hadir kelas, seminar, ada cikgu atau guru.
tapi kita silap. ilmu tu suatu yang luas. ibarat kata kalau kita dapat menguasai satu - satu ilmu tu ibarat kita baru dapat setitis air daripada laut. banyak tu perbezaannya. cara nak dapat atau nak menerima pun bukan satu cara je. ada lima panca indera yang boleh menerima.

mata... bila kita memerhati, membaca kita dapat ilmu daripada visual kita tu.

telinga... bila kita dengar seminar, nasihat, ceramah ataupun mengumpat kita terima ilmu daripada audio kita tu...

hidung... bila kita hidu, bau atau cium kita terima ilmu bau-bauan ( betul ke ni). ingat tak masa kita sekolah dulu? ada campur-campur bahan kimia lepas tu kita bau... tak pun, cium buah durian, kita tahu dah masak ke belum. ilmu tu..

Tangan... bila kita memegang, meraba, mengusap dan sebagainya. masa kita mula belajar dulu, kita pun tak sedar kita boleh bezakan yang lembut yang kasar, yang keras, yang kasar, yang tajam, yang tumpul. tapi semua tu ilmu yang berterusan.

kaki... bila kita berjalan, berlari, berjoging, bersepak (ada ke?), berterajang (ilmu jugak ni). masa kita kecil, kita belajar merangkak, guna lutut, belajar berdiri, menstabilkan diri, balajar bertatih, mula melangkah sampai sekarang macam macam ber lagi yang kita boleh. semua itu ilmu.

tapi yang aku nak cerita ni ilmu pancaindera keenam.. naluri ....

ilmu ni saya tak tau nak belajar macamana. tapi biasanya kita dengar cerita ibu akan ada naluri kuat pada anak dia. ha macamane tu? kat mane nak belajar tu.ilmu jugak tu.

aku dah melalut la pulak.
ceritanya begini...
semasa aku naik motor dengan sahabat aku. dari tempat kerja aku ke tempat menunggu KOMUTER ni. biasalah.. bermotor, jadi kami terdedah kepada cuaca dan hujan.

Merempitlah kami melalui jalan bertol dan tidak bertol.
Dalam perjalanan, sahabat aku memperlahankan motor sebab banyak perempit (pemandu merempit pergi dan balik kerja – sukahati aku bagi istilah ni) parking motor kat tepi jalan. Semua samaada berteduh atau bertukar! (salin baju hujan).
Aku tanya sahabat aku, tak tukar baju ke?
Maksud aku baju hujan la…
Sahabat aku bagitahu, kita tengok burung kat langit tu masih ada yang terbang.
Dia bagitahu lagi kalau burung terbang masuk sarang maksudnya samada dah nak malam atau nak hujan.
Ha.. ilmu ni..
Ini yang aku katakana tadi benda macam ni yang aku kata naluri. Naluri burung untuk mengesan hujan. Kalau kita masih menunggang, nak tahu di hadapan sana masih hujan atau tidak kita boleh melihat melalui atau menggunakan naluri burung ni. Ini yang dikatakan ilmu. Mengetahui dari kejadian yang lain tapi oleh kita. Kalau burung ni terbang ke sarang, maka cepat-cepatlah tukar baju… hujan. Kalau naik kereta tak payah kot? Tapi ilmu ni..
.

Monday, May 3, 2010

peh... maju tu

mardux berkata: Peh... maju tu


Kenapa aku cakap macam tu?
Ceritanya macam ni... ada satu hari tu.
Aku macam biasa la. Dalam perjalanan dari KL ke seremban.
Sebelum ni aku naik bas. Kali ni aku Naik KOMUTER.
Hmm... ok juga... tapi penat.
Kena berdiri sampai seremban (kadang-kadang la). Aku bukan nak cerita pasal penat aku, tapi ada benda yang dah maju...
Hari tu, aku sampai kat satu stesen ni dalam pukul 5 petang.
Sampai je. KOMUTER tiba.. aku tak sempat nak beli tiket.
Alamak .. nampak gaya tertinggal la aku...
Adus...!!
Aku kena juga beli tiket. KOMUTER dah berketuk, pintu tutup dan terus berlalu. Tinggal aku. Mata aku je yang sempat ikut KOMUTER tu.
Aku berjalan la masuk kat dalam kawasan menunggu. Macam kena kuarantin la pulak.
Aku tengok pada skrin tu tulis koc seterusnya jam 5.20 petang.
Terpaksalah aku menakung kat dalam tu. Tengok keliling, tak ada la pulak tempat nak duduk. Mata aku meliar tengok orang yang mula masuk kawasan “kuarantin”.
Puas aku cuci mata. Tapi tak ada yang menarik hati. Suam-suam kuku je..
Kat hujung kawasan tu, aku nampak ada kakak indon yang jaga pintu tandas tu... tandas perempuan. Ada kerusi kosong sebelah dia.
Aku dengan manis mulut pun menyapa kakak tu dan minta tumpang duduk atas kerusi tu.
“duduk la dik” senang je dia jawab.
Aku (A) “ lama ke kakak kerja sini?”
Kakak (K) “lama jugak... 4 tahun. Sebelum ni kakak kerja kontrak pembinaan.”
(A) “peh...penat tu”
(K) “ cari makan dik, lagipun suami kakak dah jadi SUBKON.”
(A) “ peh.. maju tu...
(K) “boleh la sikit-sikit”

Pelik juga aku,baru duduk 4 tahun, suami dia dah boleh jadi SUBKON.. tapi orang kita duduk bertahun kat sini pun tak tahu nak buat kerja. Mengeluh kata tak ada kerja. Pelik tu. Dia bukan ada sijil SPM buatan malaysia, jauh sekali diploma UITM, tapi boleh gandakan wang mereka. Aku ni cakap kat orang, aku pun lebih kurang juga.

Aku sembang lebih kurang je dengan kakak tu ... lepas tu aku baca paper yang aku beli...THE SUN... 30sen.. murah.
Kakak tu pergi belakang. Tinggalkan aku kat depan tu...tempat jaga tandas... TANDAS WANITA... peh... maju tu aku... jadi penjaga tandas...
Tiba- tiba ada la 5 orang remaja (agak aku mulanya) perempuan ... pakaian seksi...3 orang pakai seluar pendek baju pulak susah nak cerita. Nak lukis tak boleh pulak, bayang je la.
Salah seorang bagi RM5 nak bayar duit tandas,
Remaja (R) “ bang, ni untuk 5 orang, mintak baki bang”
(A) “ ah sudah... saya bukan jaga tandas la..., saya tumpang je duduk sini“
Mereka pandang aku dengan muka keliru..
(R) “ habis boleh masuk tak ni?”
(A) “ masuk je dulu, keluar nanti bayar la”
(R) “orait” sambil tersengih pandang aku.
Tak lama lepas tu kakak tadi datang balik, duduk.
Tak lama lepas tu, remaja 5 orang tadi keluar...
Peh... maju tu...
Lima-lima mereka berbaju sekolah.. aku ulang... BAJU SEKOLAH..
Siap 2 orang bertudung lagi...
Peh... maju tu...
Diorang sengih kat aku dan bayar tol kat kakak tu..
Mata aku mengekori mereka sampai ke penjuru dan duduk.
Aku pandang kakak tadi dan dia tersenyum kat aku.
(A)” kakak biasa nampak ke macam ni?”
(K) “ biasa sini, budak 5 orang tu datang tengahari tadi pakai baju sekolah. Masuk tandas ni tukar baju dan naik KOMUTER ke shana. Petang macam ni, diorang sampai balik la. Masuk tandas ni, tukar balik baju sekolah.”
(A) “ hari –hari ke?”
(K) “ tak hari-hari la. Tapi selalu juga. Bukan diorang aja yang buat macam tu. Ada juga budak sekolah lain yang buat macam tu. Buat macam tu biar mak bapak diorang ingat anak diaorang pergi sekolah.”
(A) “ kira tandas kakak ni jadi transit tukar baju la?”
(K) “ hehehehe... lebih kurang macam tu la”

Aku sentuh hal ni bukan ape. Aku ada anak. Aku jadi takut sebab benda-benda macam ni la. Kita hantar diorang pergi sekolah, tapi tak sampai. Inilah dilemanya bila ibu bapa bekerja. Anak-anak terbiar dan ‘meriah’ masa sendiri. Bila aku masuk KOMUTER hari tu, jauh aku termenung. Masa aku sekolah dulu takdela sampai tahap tu. Masa berubah... peh.. maju tu...

Tuesday, April 6, 2010

kenapa macam salah je? bukan betul ke?

mardux berkata:kenapa macam salah je? bukan betul ke?

kenapa aku keluar statement macam tu?
macam ni ceritanya...
cuba anda bayangkan anda ada anak perempuan.atau anda memang ada anak perempuan
anda ajak dia keluar satu keluarga. dia bersiap..
keluar je tengok dia pakai purdah.
apa reaksi anda? itu situasi pertama.

kedua anak perempuan anda bersiap, keluar je tengok dia pakai skirt tak cukup kain.
baju tak cukup kain. tak pakai tudung
.
apa pula reaksi anda?

di sini aku nak anda fikir dan bayangkan.. mungkin ada antara anda akan kata
situasi pertama tu ok. tapi itu mungkin sekarang, aku ulang SEKARANG
apakah jawapannya pada masa akan datang.
mungkin anak-anak kita yang keluar rumah dengan berpurdah tu dah jadi pelik, jelik atau sebagainya. sebaliknya situasi kedua ni pula yang dianggap biasa.
sekarang ni pun dah banyak pengaruh.

dunia hiburan dah puas memaparkan pelbagai fesyen pakaian. daripada berkemban kepada two piece dan sebagainya.
betul lah orang kata " alah bisa tegal biasa"
tau maksudnya?
bila satu perkara yang pada asasnya tak bagus atau tak elok tetapi dipaparkan, disuakan, dihadapkan, dihidangkan secara berterusan berhari-hari lama kelamaan akan jadi biasa.
dan akhirnya kita tak perasan pun benda tu tak elok... betul ke?

sebenarnya banyak lagi contoh yang ada.
sebagai contoh lain, bila kita pergi bawa keluarga bercuti ke pantai ke taman ke.
dulu agaknya budak-budak muda ni mesti tak berani nak 'ringan-ringan' kat sana. tapi sekarang?
macam tak salah pulak. selamba je. menekup, menempel, menggosok, sampai ada yang selamba muka tak bersalah ....
MAKSIAT.

berbalik pada cerita asal tadi, bila anak kita keluar rumah pakai purdah. kita akan pandang semacam.
ha... kenapa? macam salah je? bukan betul ke?
so tepuk dada tanya selera.

Wednesday, March 3, 2010

apa sudah jadi ni..

mardux berkata: apa sudah jadi ni?

hmmm... ceritanya begini...
minggu lepas aku naik la bas ke seremban... dari KL. baru lepas Chinese New Year..
awal sampai, so dapat la aku duduk depan. sebelah tempat duduk aku kosong...
lepas 5 minit, naik la seorang lelaki cina tua. kesian dia, nak naik pun dah tak larat.
sebab aku duduk depan, kosong, jadi aku panggil dia duduk sebelah.

uncle (U)" aiya.. saya sudah tada (tak) larat wo.., sudah tua"

aku (A)" biasa la, jalan kaki jauh maa"

(A) " uncle u dari mana mau pegi mana?"

(U) " saya dari rumah anak la... singgah hospital. angkat ini ubat" sambil tunjuk sebundle ubat dia.

(A) " apa pasal uncle tak suruh anak hantar seremban?"

(U)" aiya.. sekarang aa.. semua sama.. melayu ka, cina ka, india ka, kalau raya sama macam kata itu mentri la.. satu malaysia"
konfius aku dibuatnya.. apa yang sama kalau raya?

(A) " apa pasal u cakap itu pasal?"

(U) " u tau ka? sekarang aa... kalau hari raya semua anak tak balik kampung lagi maa.. sekarang ammak (emak) sama apak (ayah)balik rumah anak ooo."

(U) " diorang semua sangat sibuk. cari duit pun tak kira lagi sama keluarga"

(A) " u duduk mana?"

(U) " saya duduk sikamat sana... tau ka?"

(A) " Sikamat.. saya tau.. macamana nak pegi sana?"

(U) " Teksi banyak maa... saya punya mini (isteri) ada sana lagi.. saya duduk rumah sendri lagi"

(A) " oh... ada lagi. anak- anak ada lagi ka?"

(U) " saya anak ada 5 orang, semua sudah besar maa... ada famili sendri, 2 orang ada KL, 1 orang ada Ipoh, 2 lagi ada ostolia (Australia).."

(A) " habis raya cina u raya kat mana? diorang tak balik ke?"

(U) " ini la saya cerita, semua sama. ini tahun aa.. anak saya KL punya raya KL. Ipoh punya betina (perempuan) ikut dia punya laki. itu 2 lagi raya sana la"

(A) " diorang pegi sana ada kerja ka?"

(U) " mana ada, diorang duduk Johor maa... "

(A) " abis tu kat sana?"

(U) " diorang raya saja maa... itu anak saya 2 jantan aa.. ikut dia punya mini la.."

(A) " jadi u raya kat mana? Sikamat la..?"

(U) " ya.. la.. tapi saya punya mini aa.. rindu sama dia punya cucu... ajak balik KL. tapi dia sudah balik dulu."

(A) " anak u hantar la..?"

(U) " mana ada? naik bas la... diorang tak sempat"

(A) " aik? tak kan tak hantar? bukan jauh pun"

(U) " ini la saya cerita, semua sama maa... saya balik lambat mau ambik ubat sana hospital (HKL)."

(A) " tapi tak pa, anak u dah berjaya"

(U) " betul ke berjaya? saya jantan tak rasa apa... tapi saya mini ada sikit kecewa la.."

(U) " kecik dulu kita jaga diorang, tak da komplen. besar jugak, sekolah, kerja, kawin"

(A) " betul la tu"

(U) " betul ka?... haiyya... penat laa.."

lama juga kami bersembang. aku tukar tajuk. taknak dia sedih..

aku bukannya bagus sangat pun. tapi aku cuba nak kaitkan tajuk dengan cerita dia pasal semua sama tu.
memang betulla... semua tak kira melayu ke cina ke india ke... nilai- nilai kekeluargaan dah mula menipis... semua dah lebihkan benda yang nampak dari benda yang dah ada...itu lah.. makin lama kita ni makin berubah.
apa sudah jadi ni?
agak- agaknya.. kalau anak dia buat macam tu, macamana la anak kepada anak dia akan buat pada dia...?

(U)

Wednesday, February 17, 2010

ada lagi

mardux berkata:Ada jugak manusia macam ni lagi...

ceritanya begini... minggu lalu, aku ngan klik ada melawat wife boss kat hospital. katanya kena operate buang batu dalam hampedu...kasihan. kami doakan dia cepat sembuh.
yang nak dijadikan cerita, semasa kami dalam perjalanan ke hospital tu kami ikut la sebuah honda civic... civic sungguh honda ni... tengah kami sejalan dengan honda ni... tiba-tiba honda ni membelok ke tengah jalan dan berhenti. peh... nasib baik kami ikut jauh.. pemandu (klik la) marah la... kutu tu siap pasang lampu hazard lagi.. mujur jalan ni tak berapa sibuk... tapi banyak juga kereta kat belakang.. tup-tup keluar si pemandu honda tadi. dia pandang kami dan angkat tangan..
kami confius lagi.. ape ke jadahnya dia berhenti tengah jalan dan keluar ni?
arrgghh...
bertambahla hangain satu badan..
tapi...
alangkah takjub, terkesima, kagum,
tanpa tertulis kami sama-sama berkata Ada jugak manusia macam ni lagi meluncur dari mulut kami...
rupa-rupanya pemandu civic ni benar-benar CIVIC
dia berhenti mengelak anak kucing kat tengah jalan dan berhenti untuk mengambil dan mengalihkannya...
tak jadi kami nak marah..
ada lagi manusia macam ni KAT KUALA LUMPUR!