Wednesday, April 29, 2009

ingat tu bro... nasihat

mardux berkata: satu lagi aku sedut dari blog tu

Gerobok

...

Masih aku ingat
sebuah gerobok buruk
di dapur yang ceruk

Setiapkali aku pulang petang
setelah tamat masa persekolahan
sebaik lucut beg disandang
Aku akan berdiri di depan

gerobok buruk
di dapur yang ceruk

Aku tahu
tiada apa-apa yang ada disebalik pintu
aku tahu
perut aku akan tetap berlagu
aku tahu
yang ada hanyalah ikan kering, belacan dan botol budu
aku tahu
aku hanya mampu mengharapkan sesuatu

Bukan aku
tak tahu

Daun-daun pintunya
tetap aku buka
dan memang tiada apa-apa
lalu aku tutup semula

Setiap hari
masih aku ingat lagi

Bukan aku sahaja
malah, semua adik beradik pun sama

Bila aku dan mak bercerita semula
dalam aku ketawa
dalam aku suka-suka
dalam kami menjamu selera
hidangan penuh meja

Mak mengalirkan airmata
rupa-rupanya
mak tahu
dan mak sedar sedari dulu
kisah anak-anaknya dan gerobok buruk itu

tapi mak tak mampu
menyimpan roti sebuku
di sebalik pintu
gerobok buruk itu

Tidak mengapa mak
membuka daun pintu
gerobok buruk itu
sudah cukup menghilangkan sendu
sudah cukup menghilangkan laparku

dan gerobok buruk itu cukup mengajar aku
erti roti sebuku

ingat tu bro...

mardux berkata: aku ceduk daripada http://puisi-relay.blogspot.com/


Sajak Seorang Lelaki Bukan Aku Kepada Anak Lelakinya Di Malam Tahun Baru

...

Anakku,
Bukan Ayah tak mahu berikan kamu wang
Untuk kau belanjakan
Menjelang tengahmalam
Tahun baru yang mendatang

Anakku,
Ayah cuma bimbang
kau akan mencari hiburan
dalam cahaya kelam kelab-kelab malam
menari ligat, tak ingat Tuhan

Anakku,
bila kau lupakan Tuhan
dan jumpa perempuan-perempuan
yang berpakaian telanjang
sama-sama menari menunggu hari siang

Anakku,
kau akan termakan godaan
kehangatan malam
memuncak kenikmatan

Anakku,
bila kau termakan godaan
sesalmu akan berpanjangan
sepanjang-panjang kehidupan

Anakku,
Dua puluh tahun dulu
Ayahku memberikan aku wang
Untuk aku belanjakan
Menjelang tengahmalam
Tahun baru yang mendatang

Anakku,
Malam tahun baru itu

Aku mendapat kamu

Anakku,
Adakah kau mahu
menyambung sesalku?

~Po. Lelaki itu bukan aku

Monday, April 20, 2009

siapa apakah kita?

mardux berkata:
mungkin ada diantara kita yang sedar akan satu-satu kejadian.
kita jugak tahu insiden tu tak patut atau tak mungkin jadi, tapi dah berlaku..
atau kita jugak pernah terlihat satu perbuatan yang mencabul hak asasi atau hak pemilikan orang lain... tapi kita tak buat apa-apa. hanya lihat dan...
biarkan ianya berlalu.. tanpa ada rasa apa-apa. bersalah tidak, dipersalah pun tidak apa lagi menyalahkan...
tapi sedarkan kita sepatutnya kita perlu buat sesuatu...
stand up, wake up, don't give up to fight!(dipetik dari lirik lagu Bob Marley)
cuba kalau benda tu kena pada kita... apa tindakan kita?
so? sepatutnya apa? just do it