blog ini mengandungi data yang tidak betul faktanya. cuma baca sahaja. mungkin ada idea yang boleh dipercayai. atau mungkin ada yang tak boleh pakai.
Wednesday, February 18, 2009
can we think again?
mardux berkata:mende ni di sadur dari tukartiub.blogspot.com
AKHIRNYA TINGGAL EMPAT EKOR RAJA
Cerita Satu : Permaisuri sedang duduk dalam kereta kuda yang bergerak pantas. Kaum tani dan orang kampong sedang membawa belantan, kapak dan sabit mengejar kereta kuda itu. Kuda di sebat untuk memacut lari sepantas mungkin. Kaum tani menghambat kuat. Akhirnya kuda keletihan. Kaum tani datang mengepong kereta kuda.
Cerita Dua : Bomoh berjanggut tebal telah mati di tembak dalam perigi. Di luar rakyat makin berpusu-pusu. Salju semakin turun dengan lebat. Dalam bilik peraduan Baginda dan Permaisuri sedang memasukan intan berlian, dinar emas dan dirham perak ke dalam peti besi. Rakyat diluar sedang bersedia menunggu dalam kesejukan salju.
Cerita Tiga : Bila malam mula gelap Baginda pun dinaikkan ke atas kapal menuju ke Itali. Beberapa orang juak juak datang mengekor. Kaki kaki bodek datang untuk mencium tangan. Tidak ramai yang hadir di perlabuhan. Bila kapal bergerak peluit pun tidak di bunyikan. Semuanya senyap.
Cerita Ke Empat : Talipon berwarna merah berdering. Pembantu President mengangkat. Presiden menggeleng-menggeleng kepala tidak mahu bercakap. Di hunjung talian Raja Segala Raja-Raja sedar saatnya akhirnya telah sampai. Di lapangan terbang injin pesawat Boeing 747 telah lama terpasang hanya menunggu untuk terbang.
Cerita Satu adalah hari-hari akhir untuk Maria Antoinette Permaisuri Peranchis yang hingga ke hari ini masih di ingati kerana ayat-ayat bodohnya. Apabila kaum tani Peranchis kebuluran tanpa makanan dan bangun meminta roti – Pemaisuri Bangang ini telah bekata “ Kalau tak ada roti makanlah kueh’. Setelah ditangkap kerna cuba hendak melarikan diri, Si Bangang ini telah di bicarakan. Keputusan rakyat lehernya di penggal dengan guillotine oleh Revolusi Peranchis pada tahun 1793. Sistem feudal beraja di hapus. Peranchis menjadi Republik.
Cerita Dua adalah saat saat akhir apabila Rasputin bomoh kesayangan Czarina Russin telah di bunuh. Rakyat Russia telah bangun memberontak menentang sistem feudal Czar di Russia. Keluarga Ramanov yang korup telah cuba lari and menyorok. Mereka ditawan dan akhirkan di hukum mati oleh Revolusi Bolshevik pada 17 Julai 1918. Sistem feudal di hapuskan. Russia menjadi Republik.
Cerita Ketiga adalah dimalam akhir Al-Malik Fārūq al-Awwal – Raja Mesir yang di naikan ke atas kapal oleh Presiden Gammal Abdel Naseer. Raja Faruq telah di hantar ke Rom oleh Revolusi Rakyat Mesir pada tahun 1952. Sistem feudal di hapuskan. Mesir menjadi Republik.
Cerita Ke Empat ialah hari-hari akhir Shah Ahmad Reza Pahlavi Raja Segala Raja. Ahmad Reza telah cuba meminta bantuan dan pertolongan dari Presiden Jimmy Carter. Jimmy Carter telah enggan bercakap dengan Ahmad Reza. Pembantu Jimmy Carter telah mengatakan kepada Ahmad Reza bahawa Presiden sedang berehat di Camp David dan tidak mahu di ganggu. Pada 11 Febuari 1979 Raja Segala Raja yang agung lagi gagah perkasa ini di tendang keluar oleh Rakyat Iran. Sistem feudal dihapuskan. Iran menjadi sebuah Republik.
Ini adalah contoh berakhirnya sistem feudal dimana Raja, Al-Malik, Shah , Emperor dan Czar di tendang keluar oleh rakyat. Ada yang di bunuh, di penggal leher dan ada juga yang dihalau meninggalkan negara.
Sistem feudal adalah sistem ekonomi yang muncul di zaman peralihan tamadun manusia - zaman peralihan dari Zaman Liar ke Zaman Feudal. Sistem feudal ini muncul di Asia, Afrika, Eropah dan Amerika Latin. Malah semua tamadun anak semua bangsa dalam dunia ini telah melalui sistem feudal ini.
Feudal ialah satu sistem ekonomi dimana yang kuat di jadikan Raja dan di sembah. Sistem feudal ini bergantung kuat kepada tanah dan hasil ekonomi pertanian. Susuk yang kuat dan mengakui dirinya sebagai Raja telah mengambil, merampas dan merompak tanah-tanah dan hasil tanamam titik peloh kaum tani.
Di zaman ini punca mata pencarian rakyat hanya dengan bercucuk tanam. Gerombolan yang menamakan diri mereka Raja ini telah merompak dan menyamun tanah dan hasil tanaman kaum tani sebagai cara untuk terus mengumpulkan harta kekayaan. Dengan harta kekayaan mereka mendirikan kota-kota dan istana. Dengan harta kekayaan mereka mendirikan bala tentera, pahlawan dan panglima. Dengan bala tentera mereka dilihat berkuasa.
Untuk memperkukuhkan kuasa , pada awalnya telah di munculkan mitos dan cerita-cerita karut lagi marut untuk menakut-nakutkan rakyat. Ada cerita Pedang Azimat Raja Arthur, cerita rambut dibelah tujuh helai, cerita keris berasap, cerita geliga naga disimpan dalam istana dan pelbagai cerita karut untuk memastikan bahawa mereka ini dilihat oleh kaum tani memiliki daulat dan kuasa. Malah Raja Jepun dengan bodohnya mengakui bahawa dirinya sendiri adalah wakil Tuhan di muka bumi.
Sistem feudal menghadapai persaingan apabila struktur agama muncul. Struktur agama menjadi satu kuasa baru mula mengancam kuasa feudal. Dengan licik sistem ekonomi feudal telah bersekongkol dengan kaum agama untuk terus menipu kaum tani. Ini berlaku beratus-ratus tahun di Eropah, Timur Tengah, China dan India.
Dengan kerjasama ini - kaum feudal dan kaum agama - telah berkenduri kendara sama-sama memperbodohkan dan menakut-nakukan kaum tani. Kaum tani dibodoh dan dimiskinkan kerana tanah dan tanamam mereka di rampas. Kamu agama menakut-nakutkan kaum tani dengan api neraka. Kaum agama mengeluarkan fatwa menghalal kan sesiapa sahaja untuk dibunuh jika mereka ingkar terhadap kaum feudal.
Penipuan ini berjalan beratus tahun hingga sampai ke Zaman Pencerahan. Di Zaman Pencerahan telah muncul idea dan pemikiran rasional yang berjejak di atas bumi. Ilmu pengetahuan yang dimunculkan di Zaman Pencerahan telah memberi kekuatan baru kepada pemikir dan ahli falsafah.
Buku-buku dan kitab-kitab falsafah yang membawa idea rasional mula tersebar luas. Idea bahawa manusia ini sama di mata Yang Maha Esa telah mula sampai kepada kaum tani. Melalui pandangan rasional kaum tani tidak lagi merasa gerun apabila melihat muka Raja atau muka kaum agama. Mitos dan cerita karut marut telah di koyak rabakkan oleh pemikiran rasional.
Idea yang di bawa di Zaman Pencerahan bertokok tambah. Ilmu pengetahuan berkembang. Ilmu Sains, Ilmu Alam, Ilmu Bumi dan Bintang maju dari tahun ke tahun. Ilmu pengetahuan ini membawa kemunculan satu kumpulan baru muncul – Kaum Peniaga. Kaum Peniaga membuktikan bahawa harta dan kekayaan bukan hanya datang dari hasil tanah dan bercucuk tanam tetapi dari urusan perniagaan.
Dengan ilmu sains dan pengetahun Kaum Peniaga yang mula mendirikan kilang-kilang. Kilang-kilang ini memerlukan kaum buruh untuk membanting tulang. Kaum tani mula meninggal tanah untuk bekerja di kilang-kilang. Tetapi Kaum Peniaga juga tidak jauh ganasnya dari kaum feudal dalam hal menindas dan memerah tenaga kaum buruh untuk mendapat harta kekayaan.
Idea dan falsafah di Zaman Pencerahan terus berkembang. Ahli fikir dan ahli falsafah terus mengajukan idea-idea baru yang mendapat sambutan dari kaum buru dan kaum tani. Maka hasilnya berlakulah Revolusi Peranchis pada tahun 1789. Berlaku Revolusi Amerika pada tahun 1776. Berlakulah Revolusi Bolshevik di Rusia pada 1917.
Semua revolusi ini telah menumpaskan sistem feudal dan membawa mara tamadun anak semua bangsa ke pencerahan. Pencerahan berjaya membuka mata kaum tani dan kaum buruh untuk melihat bahawa kekayan kaum feudal, kaum agama dan kaum peniaga adalah hasil dari rompakan tenaga kerja mereka.
Epilog : Satu malam di kota Rom, Faroq sedang berpoya-poya bermain daun trup. Faroq di kelililingi oleh gundek-gundek Kavita dan Kaur. Mereka sedang bersantai minum-minum champagne. Kavita dan Kaur gundek Faroq telah bertanya apakah dia akan pulang ke Mesir untuk menjadi raja kembali.
Ini jawapan Al- Malik Fārūq al-Awwal …‘ akhirnya dalam dunia ini akan tinggal 4 ekor raja sahaja….Raja Diamond, Raja Spade, Raja Kelawar dan Raja Lekuk…. ’ (TT)
Subscribe to:
Posts (Atom)