Saturday, October 29, 2011

betul jugak....

mardux berkata: betul jugak...

cerita di suatu sudut yang terpinggir....
LEMBU: Hai hanjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?
HANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.
LEMBU : eh? kenapa?
HANJING: aku lalu tepi dua orang mansuia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!".najis mugholazah...."



LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi umat islam. Biasalah tu.
HANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak? dosa?
LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko hanjing, malah tak boleh suci sekalipun di samak.
HANJING: Wah.. betul jugak tu...


LEMBU : hehehe..I LIKE..

Saturday, October 22, 2011

nilai suatu imbuhan

mardux berkata:berapa apakah nilai suatu imbuhan untuk aku?

ibu: adik kalau dapat 5A untuk UPSR ni, adik nak hadiah apa?
adik: (sambil tersengih menampakkan gigi yang luruh...) adik nak "TORA"..



ibu: itu je?(menitis air mata si ibu mendengar imbuhan yang diimpikan oleh si adik....)
adik: hehehe... (berubah muka... takut-takut dimarahi ibunya..)

mungkin dari cerita pendek ni, anda kurang jelas apa yang cuba disampaikan....
tapi, sedar tak kita bahawa imbuhan atau ganjaran atas kejayaan sesuatu hasil berbeza dengan beban yang perlu ditanggung atau dilaksanakan....
tapi sedarkah kita bahawa selain beban... perbezaan yang paling ketara dalam mengimpikan suatu imbuhan adalah nilai..
mungkin si adik itu tadi tidak pernah membeli "TORA" yang pada masa yang sama tidak dipandang pun oleh orang lain seusia adik itu tadi....
tapi beban untuk mencapai kejayaan itu sama... tapi nilai imbuhan tetap berbeza...
mungkin pada orang lain seusia adik tadi "tak lalu pun" untuk menjamah "TORA" itu... tapi disebabkan tak pernah merasa atau rasanya sudah terlalu mewah andai si adik berjaya mendapatkannya... maka itulah impian yang ditagih si adik...
nah....
lihat bagai mana seseorang melihat nilai dalam mengimpikan imbuhan...
masa kian berlalu....
arus modenisasi cepat mencicirkan kita yang masih mengira menggunakan jari....
tahap kemalasan manusia makin menebal...
bagaimana mahu jadi seronok.... kalau masak air pun tak tahu..
didiklah, asuhlah, gambarkanlah, jadikan yang terbaik sebagai contoh untuk generasi terutama gen kita sendiri... untuk tidak mensia-siakan sesuatu nilai dengan kemewahan tanpa perlu berpenat dan berusaha... pengalaman tidak ternilai...

tenangkan minda... fikirlah...

Sunday, September 18, 2011

raja yang benar-benar beraja

mardux berkata: siapa mampu menjadi raja....

aku ada terdengar satu penceritaan yang bagus untuk dikongsi.

kisah terjadi di sebuah kota di bandar xulon (bandar yang tak wujud).
seorang pemuda yang merantau dari kampung Xalem ke kota berkenaan.
merantau pemuda itu untuk mencari pengalaman disamping wang.
pemuda itu tiba di kota ini disuatu pagi....
dilihat kiri dan kanan...
ramai penduduk kota ini yang sibuk kehulu kehilir....
masing-masing sibuk mencari rezeki dan bekerja..
lama diperhatikan..
seperti tiada apa yang berlaku.
lama diperhatikan... lantas pemuda itu menegur seorang penduduk disitu.
"jon (panggilan mesra untuk menegur orang), bole tumpang tanya tak? kenapa saya tengok kota xulon ni macam tak ada pemerintah je? kota ni mengamalkan pemerintahan anarco ke?"
"oh.. jon, macam berminat je? sebenarnya kota xulon ni tak mengamalkan pemerintahan anarco. tapi ada cerita sebenarnya."
"cer cite.. apa la yang seronok sangat tu?"
"jon, kat kota xulon ni kalau ikut ada raja yang memerintah sebelum ni, ramai yang telah menjadi raja. Tapi ada syarat la. sesiapa boleh menjadi raja, mereka yang dilantik akan dilayang dan disanjung sebagaimana sanjungan dan penghormatan yang sepatutnya. akan tetapi semua ini akan berjalan selama 5 tahun sahaja. selepas tamat tempoh 5 tahun, raja itu akan dihantar ke lembah kering yang panas dan luas di padang pasir xabung.

raja akan dibiarkan sendirian disana. disebabkan syarat itulah tiada siapa yang mahu menjadi raja di kota ini. mereka juga ada melihat nasib raja-raja sebelum ini yang mati begitu sahaja di padang xabung sana. Jadi begitulah ceritanya."

setelah begitu panjang lebar penerangan yang diberi oleh penduduk kota xulon itu, pemuda ini mula menyimpan hajat untuk menjadi raja kota xulon.



keesokkan harinya, pemuda ini mengumpulkan orang kota xulon dan menyatakan hasratnya untuk menjadi raja. oleh kerana telah lama tiada raja, maka penduduk kota ini menerima hasrat pemuda itu lantas menabalkan pemuda itu menjadi raja.

acara penabalan dibuat secara gilang gemilang. kenduri, tarian, fiesta, expo dan konsert dibuat bagi meraikan pemuda itu. pemuda itu dilayan dengan penuh ketaatan. pemuda itu juga menggunakan sepenuhnya peluang ini untuk berseronok-seronok dan menikmati semua kenikmatan menjadi raja. penduduk kota melihat dan terpaksa melayan setiap permintaan pemuda itu. mereka terpaksa pasrah sehingga tamat tempoh.

Setelah genap 5 tahun tempoh menjadi raja, masa yang ditunggu-tunggu oleh penduduk kota xulon. pemuda itu diturunkan pangkat dan dibawa ke padang xabung untuk ditinggalkan. tetapi alangkah terkejutnya penduduk kota berkenaan, padang xabung tidak lagi tandus, tidak lagi kering. padang itu penuh kehijauan dan telah diairi. banyak tumbuhan telah tumbuh.

rupa-rupanya, selama 5 tahun tempoh yang telah diberikan kepada pemuda itu. dia telah menggunakan peluang untuk memerah tenaga penduduk untuk menanam, mengairi dan membangunkan padang xabung. walaupun pemuda itu dilihat bersenang lenang, tetapi pemuda itu telah membuat persiapan sebelum dihantar ke padang xabung.

kisah ini sedikit sebanyak telah menyedarkan kita tentang peluang yang diberi kepada kita sementara hidup. kita yang memilih samaada bersedia untuk ke alam akhirat atau terus hanyut dibawa arus kesenangan. tempoh diberi, kesenangan dikecapi. tetapi adakah bekalan kita di'sana' cukup untuk kita meneruskan kehidupan?
tepuk dada tanyalah hati..
sedialah sebelum terlewat. adakah kita ini raja yang benar-benar beraja?

Tuesday, May 10, 2011

teman tapi mesra?

mardux berkata:teman tapi mesra?

semalam aku bersembang dengan rakan sekereta berulang kerja aku. cerita-cerita penghilang bosan.
topik kami ringkas dan klise... teman tapi mesra..
cerita lama bermain kembali.
siapa sahabat, kawan, rakan atau teman? banyak juga 'insiden bodoh' yang dia ceritakan sebelum kawan sekelasnya yang dipinda menjadi teman tapi mesra.
tapi... terus terang aku katakan. benda ni bukan semua orang tak pernah alami..
aku berani potong kuku la (kalau nak cabar biarlah yang kita mampu buat.. hehehe..) kalau ada orang yang mahu bercinta, cuba bercinta, telah bercinta atau gagal bercinta tak pernah mencuba mencipta insiden berkenaan.
niat di dalam hati cuma satu; menarik perhatian si bakal 'teman tapi mesra'..
tapi ternyata apa yang kita nak sangat tak mungkin jadi kenyataan andai bukan jodoh kita... kesian kan?

tapi kita kena juga pasrah. itu takdir. ada hikmah disebalik semua tu.

bila kita sebut pasal takdir pula, aku teringat dengan seorang pensyarah pengurusan aku masa kat pondok dulu. nama dia aku tak ingat la..
dia persoalkan student 'J' yang kata dia tak ada jodoh dengan 'teman tapi mesranya'.
sebelum berkata demikian, dia bertanya apakah yang J lakukan untuk memenanginya.
cukupkah apa yang dilakukan?
padankah apa yang diberikan?
berbaloikah apa yang usahakan?
pensyarah yang beristeri 3 ini mempertikaikan orang yang menyalahkan takdir sebelum menyalahkan dirinya sendiri. beliau sendiri memberi contoh bagaimana dia memikat isterinya yang aku rasa bukan calang-calang pendapatannya.
katanya lagi, dalam sesuatu perancangan perlu ada strategi.
bagi orang-oarng pengurusan ni tiada yang tidak boleh.

strategi adalah kemampuan.

kenalpasti potensi diri.. apa yang ada pada diri anda yang boleh dijadikan modal...
rupa?, harta?, bakat?, kalau tak ada tak apa... sebab bakat masih boleh dijadikan asas... dan bakat boleh dilatih dan berkembang... (rajin la sikit)

lepas tu sumber daya.
disini perlunya taktik untuk mengenalpasti apa yang boleh dan tidak boleh digunakan terhadap sasaran.

lepas tu persekitaran.
untuk langkah ni ada beberapa hipotesis yang perlu dibuat. kenalpasti persaingan (jika ada), ancaman atau lain-lain faktor luaran. faktor luaran yang perlu di perincikan adalah samaada faktor ini membantu berjaya atau membantu untuk gagal.

lepas tu sasaran.
untuk langkah ni perlunya menetapkan sasaran dan meneruskan ke langkah yang seterusnya. tapi yang paling utama semua perlu di buat secara konsisten dan meninggalkan kesan. barulah terkenang-kenang..

itulah sedikit sebanyak yang terhinggap kat kepala otak ni...
tapi disitulah dia membuktikan pengurusan penting untuk merancang semua benda menjadi apa yang kita harap untuk terjadi walaupun dia tetap menyedari bahawa terdapat juga ruang untuk sesuatu benda atau perkara yang dirancang dengan teliti pun boleh gagal. kerana sesungguhnya dia tahu:

[Al Baqarah:117]
Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah!" Lalu jadilah ia."

[An Nahl:40]
Sesungguhnya perkataan Kami terhadap sesuatu apabila Kami menghendakinya, Kami hanya mengatakan kepadanya: "kun (jadilah)", maka jadilah ia".

[Yaasiin:82]
Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia".


jadi? buatlah pilihan dan carilah siapa teman tapi mesra anda.... jika anda masih belum punyai satu...

Monday, April 18, 2011

masa inilah perlunya kawan….


mardux berkata: masa inilah perlunya kawan….

Baru-baru ni keputusan UPSR keluar. Keputusan yang bagus, bagusla. Semua orang puji. Semua orang akan menghampiri dan ucap tahniah...
Tapi tanpa kita sedar, ada yang bersedih di hujung sana.
Mungkin duduk menunduk kesedihan...
Mungkin memujuk diri di penjuru sekolah..
Mungkin terus pulang dan tidur...
Atau mungkin.... ’hilang’kan diri dari pandangan atau ’dunia’.
Nauzubillah...
Sepatutnya... masa inilah perlunya kawan...
Beritahu dia ni..
”kawan, andai kita gagal dalam UPSR ni, ini bukan pengakhir hidup ini kawan... banyak lagi yang kita perlu tempuhi. Lepas ni ada lagi PMR. Jadi belajarlah bersungguh-sungguh. Buktikan yang kita boleh berjaya. Saya tahu, kamu bukan bodoh, mungkin perlu lagi ilmu untuk memperbaiki diri dalam pelajaran. Atau mungkin belum rezeki kamu....”
Disini, sekurang-kurangnya dia ada teman untuk menguatkan dirinya. Jangan disisihkan mereka...
-----------------------
Jelas.. ada ketika kita ketemu semula dengan mereka yang berjaya dan gagal dalam PMR. Nah... disini kaedah atau bicara ini yang akan menguatkan diri mereka.
Jangan biarkan kawan-kawan kita yang gagal itu bersendiri. Sokonglah mereka. Andai iman mereka kuat, mungkin dianggap sebagai dugaan atau tiada rezeki... tapi jika iman senipis kulit bawang.... mungkin macam-macam bisa berlaku....
Bantulah sahabat-sahabatmu itu.... jangan biarkan mereka terlalai..
takut nyawa galang gantinya...
nauzubillah....
--------------
Dalam meneruskan hidup ini, mungkin juga kehadiran insan yang berjaya dan gagal dalam SPM memberi impak yang sangat besar...
Kerana bagi umum, SPM adalah penentu hidup...
Andai ada antara taulan yang berjaya cemerlang.... tahniah...
Tapi jangan riak, pentingkan diri...
Kenang mereka yang kurang bernasib baik.... gagal...
Nah.... masa inilah perlunya kawan….
Bantu mereka..... kalau sebelum ini UPSR dan PMR masih lagi awal, tetapi SPM bagaimana?
Beritahu dia ni..
”kawan, andai kita gagal dalam SPM ni, ini bukan pengakhir hidup ini kawan... banyak lagi yang kita perlu tempuhi. Tak semua orang yang berjaya dalam pelajaran berjaya dalam hidup, dan tak semua orang yang gagal dalam pelajaran gagal dalam hidup. Hidup ini bukan memerlukan SPM untuk diteruskan. Hidup ini pengembaraan. Andai ada rezeki untuk mengambil semula, teruskan.... andai disini sahaja, acrilah jalan lain. Jadi janganlah bersedih. Berusahalah dimana-mana. Buktikan yang kita boleh berjaya. Ramai manusia di dunia ini yang tidak berpelajaran tetapi berjaya ... dalam dunia ini ada banyak cara untuk berjaya.... Cuma kita sahaja yang mahu atau tidak... tapi sekiranya kita gagal SPM, ingatlah itu bukan pengakhir kehidupan....”
Insyaallah, andai anda berjaya mempengaruhinya untuk bangun kembali, andai telah berjaya memenangkan seorang insan dan suatu hari nanti, dia akan kembali kepadamu untuk mengucapkan ’terima kasih’ sekurang-kurangnya. Sesungguhnya ucapan itu lebih bermakna daripada wang ringgit. Kepuasannya cukup tak dapat digambarkan.... indahnya hidup ini.. insyallah.

Wednesday, March 2, 2011

siapa mamat ni?

mardux berkata: siapa mamat ni?

cerita ni aku copy dari: http://nuraiman.wordpress.com/
Orang Hina Di Sisi ALLAH SWT : Mustafa Kemal Atatürk

Mustafa Kemal Atatürk 1881-10 November 1938 adalah pengasas Republik Turki . Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi, negarawan dan presiden Turki yang pertama.

Beliau adalah komander tentera yang berjaya dan berkhidmar sebagai panglima tentera semasa Pertempuran Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I. Angkatan tentera pimpinan beliau berjaya merampas kembali wilayah Anatolia dan Palestin . Ketika itu Empayar Ottoman / Uthmaniyah sedang dikoyak-koyak oleh Tentera Bersekutu. Mujurlah Mustafa Kemal telah memimpin pergerakan kebangsaan Turki menghadapi Perang Kemerdekaan Turki.

Beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara.

Mustafa Kemal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan tuntutan semasa yang kemudian dipangil ideologi Kemalist. Ideologi ini bertujuan menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular , positif dan bertindak rasional.

Beliau memerintah dari tahun 1918 hingga 1934. Beliau adalah seorang negarawan yang berkebolehan dalam bidang politik. Memeperkenalkan sistem politik sekularisme, beliau ‘berjaya’ meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyyah. Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan telah dikebumikan di sebuah makam di Ankara iaitu ibu negaranya.

Dosa Mustafa Kemal

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat)

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya diseluruh bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan

12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris,faraid secara islam

17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.


Kematian Kamal Atartuk yang Menyeksakan

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia. Antaranya ialah:

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung

3. Penyakit darah tinggi

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang.Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas lalu dia sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turkimemandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.

Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya(susah jenazahnya hendak masuk ke liang lahad). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama EtnaGrafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.

Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa “jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!” Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

tapi kenapa nak kena sanjung dia ni?....

cuba click blog ni

http://khairulaznan.wordpress.com/2011/02/25/tugu-kamalat-tartuk-penumbang-sistem-khilafah-islamiyah/

... komen? ...

wallahualam..