Showing posts with label apa ni?. Show all posts
Showing posts with label apa ni?. Show all posts

Wednesday, November 9, 2011

kota tanda tanya

mardux berkata:aku sesat dalam kota tanda tanya

aku masih lagi berlegar-legar dalam satu kota yang aku rasa tidak lagi terkeluar dalam peta negara aku.... malaysia..



tapi aku sedikit ragu.....apakah kota ini kota dalam salah satu negeri di negara ku?
aku lihat kiri, kanan, depan dan belakang.... mana kedai makan?
kedai makan yang penting bagi aku.... HALAL
haram satupun tak terpacul di depanku...

putar stereng ke kanan... tulisan yang langsung ku tak faham.... tulisan cina.....
pulas stereng ke kiri..... terpacul lagi tulisan sejenis yang membawa erti yang aku tak faham.... tulisan cina....






maju lagi ke depan... kelihatan restoran.....
tapi.... bukan untuk aku.... bakuteh.....
aku bukan RASISM

tapi...
oh..
sejam aku memandu.... menyelusuri jalan yang terlingkar.
masih gagal ketemu jodoh dengan santapan yang sangat penting bagi ku... HALAL
sejam lagi berlalu....
aku merasakan mahu menamatkan penyelusuran ku di kota ini...
kota yang penuh tanda tanya....
apakah orang yang sudah bersunat diharamkan meniaga di kota ini?
aku memberi tempoh pada diriku untuk menamatkan 'pengembaraan' ku dalam masa 30 minit lagii.... andai aku gagal, akan ku redah ke restoran makanan cepat....
...
20 minit berlalu...
barulah terpacul restoran mamak yang padaku paling tidak pun boleh lah dijadikan pengalas perut... tapi...
aku masih tertanya-tanya... apakah kota tanda tanya ini yang terletak di dalam salah satu negeri di dalam negara aku.... tidak boleh dimiliki oleh orang sealiran ku untuk menyediakan kudapan?
aku hairan.... kenapa sampai begitu jauh untuk memacakkan tiang untuk berniaga?
atau bidang-bidang tanah di dalam kota ini memang tidak layak untuk orang sefahaman denganku? atau semua ini telah dirancang dan diadun menjadi sedemikian?
salah siapa jadi begini?
tuan tanah?
pembeli tanah?
pemaju tanah?
pengurus tanah?
atau tak perlu salahkan sesiapa.... ia normal.....
biarlah....
tapi aku risau.... orang seagamaku.... sebangsa ku.... telah mula di atau meminggirkan diri di pinggir kota ini.... nun jauh di bibir kota....
kota tanda tanya...

Saturday, October 29, 2011

betul jugak....

mardux berkata: betul jugak...

cerita di suatu sudut yang terpinggir....
LEMBU: Hai hanjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?
HANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.
LEMBU : eh? kenapa?
HANJING: aku lalu tepi dua orang mansuia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!".najis mugholazah...."



LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi umat islam. Biasalah tu.
HANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak? dosa?
LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko hanjing, malah tak boleh suci sekalipun di samak.
HANJING: Wah.. betul jugak tu...


LEMBU : hehehe..I LIKE..

Saturday, October 22, 2011

nilai suatu imbuhan

mardux berkata:berapa apakah nilai suatu imbuhan untuk aku?

ibu: adik kalau dapat 5A untuk UPSR ni, adik nak hadiah apa?
adik: (sambil tersengih menampakkan gigi yang luruh...) adik nak "TORA"..



ibu: itu je?(menitis air mata si ibu mendengar imbuhan yang diimpikan oleh si adik....)
adik: hehehe... (berubah muka... takut-takut dimarahi ibunya..)

mungkin dari cerita pendek ni, anda kurang jelas apa yang cuba disampaikan....
tapi, sedar tak kita bahawa imbuhan atau ganjaran atas kejayaan sesuatu hasil berbeza dengan beban yang perlu ditanggung atau dilaksanakan....
tapi sedarkah kita bahawa selain beban... perbezaan yang paling ketara dalam mengimpikan suatu imbuhan adalah nilai..
mungkin si adik itu tadi tidak pernah membeli "TORA" yang pada masa yang sama tidak dipandang pun oleh orang lain seusia adik itu tadi....
tapi beban untuk mencapai kejayaan itu sama... tapi nilai imbuhan tetap berbeza...
mungkin pada orang lain seusia adik tadi "tak lalu pun" untuk menjamah "TORA" itu... tapi disebabkan tak pernah merasa atau rasanya sudah terlalu mewah andai si adik berjaya mendapatkannya... maka itulah impian yang ditagih si adik...
nah....
lihat bagai mana seseorang melihat nilai dalam mengimpikan imbuhan...
masa kian berlalu....
arus modenisasi cepat mencicirkan kita yang masih mengira menggunakan jari....
tahap kemalasan manusia makin menebal...
bagaimana mahu jadi seronok.... kalau masak air pun tak tahu..
didiklah, asuhlah, gambarkanlah, jadikan yang terbaik sebagai contoh untuk generasi terutama gen kita sendiri... untuk tidak mensia-siakan sesuatu nilai dengan kemewahan tanpa perlu berpenat dan berusaha... pengalaman tidak ternilai...

tenangkan minda... fikirlah...

Tuesday, May 10, 2011

teman tapi mesra?

mardux berkata:teman tapi mesra?

semalam aku bersembang dengan rakan sekereta berulang kerja aku. cerita-cerita penghilang bosan.
topik kami ringkas dan klise... teman tapi mesra..
cerita lama bermain kembali.
siapa sahabat, kawan, rakan atau teman? banyak juga 'insiden bodoh' yang dia ceritakan sebelum kawan sekelasnya yang dipinda menjadi teman tapi mesra.
tapi... terus terang aku katakan. benda ni bukan semua orang tak pernah alami..
aku berani potong kuku la (kalau nak cabar biarlah yang kita mampu buat.. hehehe..) kalau ada orang yang mahu bercinta, cuba bercinta, telah bercinta atau gagal bercinta tak pernah mencuba mencipta insiden berkenaan.
niat di dalam hati cuma satu; menarik perhatian si bakal 'teman tapi mesra'..
tapi ternyata apa yang kita nak sangat tak mungkin jadi kenyataan andai bukan jodoh kita... kesian kan?

tapi kita kena juga pasrah. itu takdir. ada hikmah disebalik semua tu.

bila kita sebut pasal takdir pula, aku teringat dengan seorang pensyarah pengurusan aku masa kat pondok dulu. nama dia aku tak ingat la..
dia persoalkan student 'J' yang kata dia tak ada jodoh dengan 'teman tapi mesranya'.
sebelum berkata demikian, dia bertanya apakah yang J lakukan untuk memenanginya.
cukupkah apa yang dilakukan?
padankah apa yang diberikan?
berbaloikah apa yang usahakan?
pensyarah yang beristeri 3 ini mempertikaikan orang yang menyalahkan takdir sebelum menyalahkan dirinya sendiri. beliau sendiri memberi contoh bagaimana dia memikat isterinya yang aku rasa bukan calang-calang pendapatannya.
katanya lagi, dalam sesuatu perancangan perlu ada strategi.
bagi orang-oarng pengurusan ni tiada yang tidak boleh.

strategi adalah kemampuan.

kenalpasti potensi diri.. apa yang ada pada diri anda yang boleh dijadikan modal...
rupa?, harta?, bakat?, kalau tak ada tak apa... sebab bakat masih boleh dijadikan asas... dan bakat boleh dilatih dan berkembang... (rajin la sikit)

lepas tu sumber daya.
disini perlunya taktik untuk mengenalpasti apa yang boleh dan tidak boleh digunakan terhadap sasaran.

lepas tu persekitaran.
untuk langkah ni ada beberapa hipotesis yang perlu dibuat. kenalpasti persaingan (jika ada), ancaman atau lain-lain faktor luaran. faktor luaran yang perlu di perincikan adalah samaada faktor ini membantu berjaya atau membantu untuk gagal.

lepas tu sasaran.
untuk langkah ni perlunya menetapkan sasaran dan meneruskan ke langkah yang seterusnya. tapi yang paling utama semua perlu di buat secara konsisten dan meninggalkan kesan. barulah terkenang-kenang..

itulah sedikit sebanyak yang terhinggap kat kepala otak ni...
tapi disitulah dia membuktikan pengurusan penting untuk merancang semua benda menjadi apa yang kita harap untuk terjadi walaupun dia tetap menyedari bahawa terdapat juga ruang untuk sesuatu benda atau perkara yang dirancang dengan teliti pun boleh gagal. kerana sesungguhnya dia tahu:

[Al Baqarah:117]
Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah!" Lalu jadilah ia."

[An Nahl:40]
Sesungguhnya perkataan Kami terhadap sesuatu apabila Kami menghendakinya, Kami hanya mengatakan kepadanya: "kun (jadilah)", maka jadilah ia".

[Yaasiin:82]
Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia".


jadi? buatlah pilihan dan carilah siapa teman tapi mesra anda.... jika anda masih belum punyai satu...

Monday, April 18, 2011

masa inilah perlunya kawan….


mardux berkata: masa inilah perlunya kawan….

Baru-baru ni keputusan UPSR keluar. Keputusan yang bagus, bagusla. Semua orang puji. Semua orang akan menghampiri dan ucap tahniah...
Tapi tanpa kita sedar, ada yang bersedih di hujung sana.
Mungkin duduk menunduk kesedihan...
Mungkin memujuk diri di penjuru sekolah..
Mungkin terus pulang dan tidur...
Atau mungkin.... ’hilang’kan diri dari pandangan atau ’dunia’.
Nauzubillah...
Sepatutnya... masa inilah perlunya kawan...
Beritahu dia ni..
”kawan, andai kita gagal dalam UPSR ni, ini bukan pengakhir hidup ini kawan... banyak lagi yang kita perlu tempuhi. Lepas ni ada lagi PMR. Jadi belajarlah bersungguh-sungguh. Buktikan yang kita boleh berjaya. Saya tahu, kamu bukan bodoh, mungkin perlu lagi ilmu untuk memperbaiki diri dalam pelajaran. Atau mungkin belum rezeki kamu....”
Disini, sekurang-kurangnya dia ada teman untuk menguatkan dirinya. Jangan disisihkan mereka...
-----------------------
Jelas.. ada ketika kita ketemu semula dengan mereka yang berjaya dan gagal dalam PMR. Nah... disini kaedah atau bicara ini yang akan menguatkan diri mereka.
Jangan biarkan kawan-kawan kita yang gagal itu bersendiri. Sokonglah mereka. Andai iman mereka kuat, mungkin dianggap sebagai dugaan atau tiada rezeki... tapi jika iman senipis kulit bawang.... mungkin macam-macam bisa berlaku....
Bantulah sahabat-sahabatmu itu.... jangan biarkan mereka terlalai..
takut nyawa galang gantinya...
nauzubillah....
--------------
Dalam meneruskan hidup ini, mungkin juga kehadiran insan yang berjaya dan gagal dalam SPM memberi impak yang sangat besar...
Kerana bagi umum, SPM adalah penentu hidup...
Andai ada antara taulan yang berjaya cemerlang.... tahniah...
Tapi jangan riak, pentingkan diri...
Kenang mereka yang kurang bernasib baik.... gagal...
Nah.... masa inilah perlunya kawan….
Bantu mereka..... kalau sebelum ini UPSR dan PMR masih lagi awal, tetapi SPM bagaimana?
Beritahu dia ni..
”kawan, andai kita gagal dalam SPM ni, ini bukan pengakhir hidup ini kawan... banyak lagi yang kita perlu tempuhi. Tak semua orang yang berjaya dalam pelajaran berjaya dalam hidup, dan tak semua orang yang gagal dalam pelajaran gagal dalam hidup. Hidup ini bukan memerlukan SPM untuk diteruskan. Hidup ini pengembaraan. Andai ada rezeki untuk mengambil semula, teruskan.... andai disini sahaja, acrilah jalan lain. Jadi janganlah bersedih. Berusahalah dimana-mana. Buktikan yang kita boleh berjaya. Ramai manusia di dunia ini yang tidak berpelajaran tetapi berjaya ... dalam dunia ini ada banyak cara untuk berjaya.... Cuma kita sahaja yang mahu atau tidak... tapi sekiranya kita gagal SPM, ingatlah itu bukan pengakhir kehidupan....”
Insyaallah, andai anda berjaya mempengaruhinya untuk bangun kembali, andai telah berjaya memenangkan seorang insan dan suatu hari nanti, dia akan kembali kepadamu untuk mengucapkan ’terima kasih’ sekurang-kurangnya. Sesungguhnya ucapan itu lebih bermakna daripada wang ringgit. Kepuasannya cukup tak dapat digambarkan.... indahnya hidup ini.. insyallah.

Wednesday, March 2, 2011

siapa mamat ni?

mardux berkata: siapa mamat ni?

cerita ni aku copy dari: http://nuraiman.wordpress.com/
Orang Hina Di Sisi ALLAH SWT : Mustafa Kemal Atatürk

Mustafa Kemal Atatürk 1881-10 November 1938 adalah pengasas Republik Turki . Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi, negarawan dan presiden Turki yang pertama.

Beliau adalah komander tentera yang berjaya dan berkhidmar sebagai panglima tentera semasa Pertempuran Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I. Angkatan tentera pimpinan beliau berjaya merampas kembali wilayah Anatolia dan Palestin . Ketika itu Empayar Ottoman / Uthmaniyah sedang dikoyak-koyak oleh Tentera Bersekutu. Mujurlah Mustafa Kemal telah memimpin pergerakan kebangsaan Turki menghadapi Perang Kemerdekaan Turki.

Beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara.

Mustafa Kemal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan tuntutan semasa yang kemudian dipangil ideologi Kemalist. Ideologi ini bertujuan menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular , positif dan bertindak rasional.

Beliau memerintah dari tahun 1918 hingga 1934. Beliau adalah seorang negarawan yang berkebolehan dalam bidang politik. Memeperkenalkan sistem politik sekularisme, beliau ‘berjaya’ meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyyah. Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan telah dikebumikan di sebuah makam di Ankara iaitu ibu negaranya.

Dosa Mustafa Kemal

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat)

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya diseluruh bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan

12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris,faraid secara islam

17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.


Kematian Kamal Atartuk yang Menyeksakan

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia. Antaranya ialah:

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung

3. Penyakit darah tinggi

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang.Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas lalu dia sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turkimemandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.

Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya(susah jenazahnya hendak masuk ke liang lahad). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama EtnaGrafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.

Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa “jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!” Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

tapi kenapa nak kena sanjung dia ni?....

cuba click blog ni

http://khairulaznan.wordpress.com/2011/02/25/tugu-kamalat-tartuk-penumbang-sistem-khilafah-islamiyah/

... komen? ...

wallahualam..

Monday, February 21, 2011

bila kecemasan...


Apa yang perlu anda lakukan jika ada kecemasan dan ketika itu banyak pulak hal:

1. Telefon anda tiada kredit. kalau mangsa yang nak diselamatkan pun tiada kredit...

2. Ketika itu semua telefon yang ade mempunyai password..lock. maklum la canggih. lepas tu yang ada cuma telefon si mangsa..yang tidak sedarkan diri..yang mempunyai password. nak call 999 pun tak boleh.

3. Ketika tu tempat tersebut tiada talian maxis atau celcom.

jangan risau mahupun gelabah. sila dail no. 112. ianya tidak memerlukan credit..boleh unlock/brake password..dan terus ke talian yang ade ketika itu..

anda boleh cuba sendiri. tapi kalau sengaja sila menjawab sendiri dimuka pengadilan ya..

soalnya lagi: kalau semua telefon yang ada tiada bateri??. sila jawab sendiri.

sekian adanya..sharing is caring.

Thursday, February 17, 2011

nasib baik la....


mardux berkata: nasib baik la...

cerita aku berkisar pada perjalanan aku di mana-mana penjuru/sudut/bucu/tanjung negara ni..
bila aku sampai satu-satu tempat, aku suka tengok, tanya, banding dan komen. lepas tu aku buat kesimpulan yang aku rasa, aku ulang, aku rasa.... ada yang tak kena pada mata aku.

mula contoh aku pergi satu tempat yang agak tidak bandar,dan tidak kampung. aku nak beli beteri AAA. ada dua kedai kat depan aku ; Kedai Abu dengan Kedai Ah Beng.

klise... sebab aku melayu, aku pergi Kedai Abu. nak tolong melayu. (patutnya)
aku masuk kedai tu....
sepi...
macam tak ada urusniaga diperlukan kat sini.
...
tiba-tiba datang orang muda. yang aku tahu bukan Abu... tapi mungkin anak Abu.. tak pun pekerja Abu
muka macam baru bangun tidur.... bayangkan.. tak bersemangat..

apakah ayat pertama yang keluar dari mulut si bukan Abu... tapi mungkin anak Abu.. tak pun pekerja Abu ni?

Bukan Abu (BA): ha!! nak apa?

suwei.... (dalam hati aku yang nurani ni berbunyi menyahut sapaan penuh hormat si BA tadi..

Aku (A): Adik (mungkin aku nampak lebih berusia dari si BA ni kot..)saya nak cari bateri AAA.. ada tak? (rasa aku cukup nurani ayat aku tu?)

BA : habis... (terus masuk ke dalam dan tinggalkan aku mati ayat dan tertanya-tanya... apa yang berlaku tadi tu?)

------------

Apakah yang anda akan buat kalau macam tu?
pergi kedai sebelah la... Kedai Ah Beng.

aku masuk kedai tu, ada seseorang yang menunggu yang pasti mesti bernama Ah Beng. walaupun aku tak pernah datang kedai ni....(hehehe.... ajaib tak aku? sah-sah la nama Ah Beng tu nama keluarga dia, mesti la nama dia yang aku rasa anaknya ada Beng juga... betul tak?)

tapi anda tahu tak apakah ayat pertama yang keluar dari mulut Ah Beng ni?

Ah Beng (AB) : Aloo.. abang mau beli apa? (sambil senyum datang pada aku.)
(A) : saya nak beli Bateri AAA. ada tak?
(AB) : mesti ada la... abang cari apa bland (brand)?
(A) : tak kisah la... saya nak pakai untuk jam dinding je.
(AB) : kalau abang mau guna untuk jam, abang tak boleh pakai jenis alkaline, nanti rosak jam.
(A) : habis tu jenis apa yang baik?
(AB) : Abang cari yang mahal ka murah ka atau yang biasa?
(A) : yang biasa pun ok.
(AB) : Ini ada dua bland, mau mana satu?
(A) : yang ni la (aku ambil bayar....)

yang aku yang nak pamirkan kat sini buka cerita aku beli bateri tu tapi...macammana nak meniaga.
cuba bayangkan.
benda-benda macam ni la yang menyebabkan melayu mudah rugi sebab tak tahu meniaga.
bila oang tak datang membeli, kita mula marah. mula la kata orang ni pakai bomoh la...
orang ni tabur tahi la..
tapi yang nyata....
tak tahu meniaga untuk jangka masa yang lama...
sah-sah la lepas ni kalau aku singgah kat sini lagi, aku akan hapuskan klise aku hanya kerana kecewa... mana nak maju.

nasib baik la... kita tak boleh makan kat kedai makan diorang... kalau tak, dah tentu kedai melayu tutup..
nasib baik la....

Thursday, February 3, 2011

lebih kurang juga la...

mardux berkata:kenapa la tauke kontraktor ni boleh keluar ayat ni?
"lebih kurang jugala.."

mula cerita aku lepak dekat satu tapak pembinaan ni..
lokasi dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu. masa tu tauke ni lepak kat kedai minum kat bawah pokok.
aku (A) saja tanya dia (T)
(A) "wah besar projek U dapat ni?"
(T) "ada la sikit, ini pun tarak kaya punya"

(aku pelik betul la, aku bukan racist ... tapi rasa aku, tauke ni dah lama duduk kat malaysia ni... tapi cara cakap pun masih tak betul... aku bangkitkan hal ni bukan sebab apa, hanya selingan... myanmar dengan bangla yang aku jumpa lagi pandai berkomunikasi dalam bahasa malaysia..... sekali lagi...bahasa malaysia...tapi tauke ni?
hmmm....pelik kan?
)

berbalik pada topik asal...
(A) "berapa lama siap projek ni?"
(T) " satu tahun ada siap la... tapi sikalang luit(duit) ala susah maa... kita mau angkat balang (barang) pun mau bayar cashmaa..."
(A) "ok la tu, U kan banyak modal. setakat mau angkat barang tak ada masalah la.lagipun U mesti sudah ada kawan-kawan yang boleh ambil dulu baru bayar?"
(T) "Butul (betul), tapi kadang-kadang barang tak manyak (banyak), sapa ada luit (duit)bole bayar telus (terus)bole lapat (dapat)barang telus (terus).."
(A) "betul ka macam tu?"
(T) " ya la... lagi sekalang (sekarang) saya suda tua maa... takkan mau kerja kuat lagi? butul(betul) ka saya cakap?"
(A) "U takde legasi ke? anak U ke untuk sambung bisnes?"
(T) "Anak ka? ada..itu cilaka. apa dia tau... belaja malas maa... dia lahir sudah jadi senang. dia tak tau susah maa... ada lapang... enjoy... ada lapang keluar sama kawan enjoy... mabuk lagi... cilaka la.. kerja lagi malas.
U tau ka? dulu saya muda-muda susah mau cari luit (duit)... saya masa budak-budak pegi itu pasar Selayang kutip sayur lejek (reject)yang sudah letak tepi punya. saya mintak sama diorang... U tauapa bikin?"
(A) " tak tau"
(T) "saya hantar kedai makan maa... biasa kedai makan ambik ini sayur lejek(eject) punya... ya la.. U makan sayur sulah (sudah) masak maa...mana U tau ini sayur balu (baru) ka... lejek (reject) ka.. sulah (sudah) masak... sama saja.. saya kumpul luit (duit)mau sekolah punya... tapi ini cilaka...saya kasi luit untuk sekolah punya dia sudah jadi taiko...
(A) "saya jarang dengar budak chinese macam ni.. selalunya melayu"
(T) " lebih kurang juga la...dulu lain kawan... Butul (betul) ka saya cakap? sikalang (sekarang) diorang sudah senang...masa itu belanak (beranak)sulah (sudah) ala manyak harta....apa lagi mau bikin? kasi habis saja la... cilaka...."
(A)"mungkin juga tu.."
(T)" apa mungkin? memang la..sikalang(sekarang) dia sudah pandai mintak keleta (kereta. dia kawtim sama dia punya amma... saya kena beli juga... saya hali-hali(hari-hari) ada gaduh sama mini (bini)..sana cakap sini cakap....
sudah tua la... lagimau sakit kalau gaduh-gaduh..."
(A)" betulla tu..."

lepas tu aku baru sedar rupanya bukan melayu je yang jadi macam ni...chinese pun lebih kurang juga la... jadi setiap perubahan tu ada punca dan setiap kemunduran pun ada punca... benda yang terjadi mesti ada sebah musababnya.. wallahualam..

Thursday, January 6, 2011

dimana keamanan?

mardux berkata:dimana keamanan?

mungkin niat aku beli rumah kat lokasi yang tidak di tengah kesesakan adalah untuk keamanan... pada fikrah aku.
tapi tidak lagi.... aku silap..
rasanya lokasi tu mahal juga untuk disewa.
tapi bila ramai yang berkongsi duit, setakat seribu bahagi 8 orang.. baru berapa seorang kena bayar?
itulah yang perlu diterima. bukan rumah aku.
tapi sebelah rumah aku.

aku terpaksa terima 'jiran baru' tanpa aku setuju.
kenapa sebelah?
hakikat kalau yang duduk tu pakai MYKAD
tak pe. sebab tahu tatasusila... (selalunya la....)
tapi yang nyata bukan pemegang MYKAD
pemegang permit yang didakwa sah.
sejauh mana sah tidak pula di usul periksa.
dari seberang...
lantas yang menjadi kegusaran adalah kesemua mereka adalah lelaki.
aku lelaki insyaallah tiada kegusaran tapi bagaimana dengan anak-anak dan isteri?
dimana keamanan?

khuatir bila malam, khuatir bila tugas luar... bermalam-malam..
risau satu, resah dua, gelisah tiga..
tapi yang nyata takut.... moga-moga selamat. insyaallah. jiran lain agak khuatir tentang itu.

semalam jam menunjuk lagi suku pukul 12.00 malam. tapi suara gelak bersembang 'jiran baru' memecah sunyi menyusah diri melelapkan mata... dimana keamanan?

andai dunia tiada undang-undang mau saja mereka diletup....
pasrah dengan keadaan... paksa diri untuk tidur... esok lagi mau kerja..
apa boleh bikin?
rasanya bagaimana kalau berlarutan untuk malam-malam lain untuk isteri dan anak-anakku. walau bersamaku atau tanpa kehadiranku....
hmm... dimana keamanan?

Monday, June 28, 2010

patut la bertungkus lumus...


mardux berkata: patut la bertungkus lumus..

ceritanya dah lama berkisar dengan kembaraan aku seremban kuala lumpur...
naik bas.. naik komuter...

kali ini aku naik bas..
saja je... lama juga aku tak naik bas ni.
awal aku naik. kejap lagi naik seorang lelaki chinese, pertengahan usia.. dalam 40 lebih la.
duduk sebelah aku.
lelaki chinese (LC): "boleh duduk sini ka?"
Aku (A) :" boleh, u bayar tiket, ada kosong mesti boleh duduk"
aku biarkan dia sibuk menyusun barangnya. nampak macam bercuti.
A: "banyak barang? balik kampung ke? cuti?"
LC: " saya mau pergi Kuala Pilah. bas direct dah penuh la.. kena pergi seremban dulu baru cari bas lain untuk g Kuala Pilah."
A: " jauh kerja? berulang hari-hari ke?"
LC: " mana ada, gila la mau ulang Kuala Pilah - Kuala Lumpur, aku keja hujung minggu baru balik."
A: ” bagusla... u balik sorang ke?”
LC: ” ya la... aku sorang saja... mini (bini) belum ada”
A: ” oooo.. i ingat u suda ada anak bini”
LC: ” hehehe.. belum la... mana mau cari duit?”
A:” aik? u bukan kerja cari duit ke?”
LC: ” Betul... tapi mana cukup maa.., sekarang kan.. barang banyak mahal woo... sekarang ni aku kerja mau cari duit mati maa..”
A:” Duit mati?, ape tu?”
LC:” sekarang ni kalau u tau, barang-barang semua sudah naik harga. Barang-barang mau mati pun sudah mahal. U tau itu keranda berapa harga?
A:” 2 ribu kot?”
LC: ” mana dapat... sekarang biasa saja suda dekat 5 ribu woo... itu tukang gali, tukang sembayang, tukang gendang, tukang macam-macam lagi... kenduri lagi... mau cincai dekat 20 ribu.. itu pun biasa saja”
A:” peh... bia betul...”
LC:” olang cina ni suka buang duit. Time beranak, kawin sama mati....”
A: ” yang lain-lain macamane?
LC:” itu pasal la aku kena cari dulu duit mati.. lepas da cukup baru aku cari mini (bini). Sekarang ni aku ingat sudah mau cukup. Lepas ni mau cari duit kawin pulak. Aku tak suka ksi susah sama famili kalau aku mati... diorang pakai saja duit aku sendiri. Nanti aku boleh rehat sana dengan tenang. ”
A: ” patut la u kerja betul-betul. Bertungkus lumus”
LC: ” ya la... siapa lagi mau tolong. Kita jangan suka susahkan orang lain. Biar kita mati orang tak susah. Cuba u fikir, kalau aku mati famili aku gaduh mau cari duit upah itu upah ini. Belanja itu belanja ini. Mesti diorang bikin tak ikhlas punya. Nanti aku mati tak tenang. Macam aku tinggal utang maa.. biar aku cari sendiri untuk diri aku... lepas ni baru aku boleh fikir pasal kawin... ”
A:” hmm... betul jugak.. Patut la bertungkus lumus. Alangkah bagusnya motivasi ni… kesedaran sendiri….”

Wednesday, May 5, 2010

ilmu ni...

mardux berkata: ilmu ni...

cerita ni pasal ilmu.
kadang - kadang bila kita cerita pasal ilmu mesti kita bayangkan kita kena hadir kelas, seminar, ada cikgu atau guru.
tapi kita silap. ilmu tu suatu yang luas. ibarat kata kalau kita dapat menguasai satu - satu ilmu tu ibarat kita baru dapat setitis air daripada laut. banyak tu perbezaannya. cara nak dapat atau nak menerima pun bukan satu cara je. ada lima panca indera yang boleh menerima.

mata... bila kita memerhati, membaca kita dapat ilmu daripada visual kita tu.

telinga... bila kita dengar seminar, nasihat, ceramah ataupun mengumpat kita terima ilmu daripada audio kita tu...

hidung... bila kita hidu, bau atau cium kita terima ilmu bau-bauan ( betul ke ni). ingat tak masa kita sekolah dulu? ada campur-campur bahan kimia lepas tu kita bau... tak pun, cium buah durian, kita tahu dah masak ke belum. ilmu tu..

Tangan... bila kita memegang, meraba, mengusap dan sebagainya. masa kita mula belajar dulu, kita pun tak sedar kita boleh bezakan yang lembut yang kasar, yang keras, yang kasar, yang tajam, yang tumpul. tapi semua tu ilmu yang berterusan.

kaki... bila kita berjalan, berlari, berjoging, bersepak (ada ke?), berterajang (ilmu jugak ni). masa kita kecil, kita belajar merangkak, guna lutut, belajar berdiri, menstabilkan diri, balajar bertatih, mula melangkah sampai sekarang macam macam ber lagi yang kita boleh. semua itu ilmu.

tapi yang aku nak cerita ni ilmu pancaindera keenam.. naluri ....

ilmu ni saya tak tau nak belajar macamana. tapi biasanya kita dengar cerita ibu akan ada naluri kuat pada anak dia. ha macamane tu? kat mane nak belajar tu.ilmu jugak tu.

aku dah melalut la pulak.
ceritanya begini...
semasa aku naik motor dengan sahabat aku. dari tempat kerja aku ke tempat menunggu KOMUTER ni. biasalah.. bermotor, jadi kami terdedah kepada cuaca dan hujan.

Merempitlah kami melalui jalan bertol dan tidak bertol.
Dalam perjalanan, sahabat aku memperlahankan motor sebab banyak perempit (pemandu merempit pergi dan balik kerja – sukahati aku bagi istilah ni) parking motor kat tepi jalan. Semua samaada berteduh atau bertukar! (salin baju hujan).
Aku tanya sahabat aku, tak tukar baju ke?
Maksud aku baju hujan la…
Sahabat aku bagitahu, kita tengok burung kat langit tu masih ada yang terbang.
Dia bagitahu lagi kalau burung terbang masuk sarang maksudnya samada dah nak malam atau nak hujan.
Ha.. ilmu ni..
Ini yang aku katakana tadi benda macam ni yang aku kata naluri. Naluri burung untuk mengesan hujan. Kalau kita masih menunggang, nak tahu di hadapan sana masih hujan atau tidak kita boleh melihat melalui atau menggunakan naluri burung ni. Ini yang dikatakan ilmu. Mengetahui dari kejadian yang lain tapi oleh kita. Kalau burung ni terbang ke sarang, maka cepat-cepatlah tukar baju… hujan. Kalau naik kereta tak payah kot? Tapi ilmu ni..
.

Monday, May 3, 2010

peh... maju tu

mardux berkata: Peh... maju tu


Kenapa aku cakap macam tu?
Ceritanya macam ni... ada satu hari tu.
Aku macam biasa la. Dalam perjalanan dari KL ke seremban.
Sebelum ni aku naik bas. Kali ni aku Naik KOMUTER.
Hmm... ok juga... tapi penat.
Kena berdiri sampai seremban (kadang-kadang la). Aku bukan nak cerita pasal penat aku, tapi ada benda yang dah maju...
Hari tu, aku sampai kat satu stesen ni dalam pukul 5 petang.
Sampai je. KOMUTER tiba.. aku tak sempat nak beli tiket.
Alamak .. nampak gaya tertinggal la aku...
Adus...!!
Aku kena juga beli tiket. KOMUTER dah berketuk, pintu tutup dan terus berlalu. Tinggal aku. Mata aku je yang sempat ikut KOMUTER tu.
Aku berjalan la masuk kat dalam kawasan menunggu. Macam kena kuarantin la pulak.
Aku tengok pada skrin tu tulis koc seterusnya jam 5.20 petang.
Terpaksalah aku menakung kat dalam tu. Tengok keliling, tak ada la pulak tempat nak duduk. Mata aku meliar tengok orang yang mula masuk kawasan “kuarantin”.
Puas aku cuci mata. Tapi tak ada yang menarik hati. Suam-suam kuku je..
Kat hujung kawasan tu, aku nampak ada kakak indon yang jaga pintu tandas tu... tandas perempuan. Ada kerusi kosong sebelah dia.
Aku dengan manis mulut pun menyapa kakak tu dan minta tumpang duduk atas kerusi tu.
“duduk la dik” senang je dia jawab.
Aku (A) “ lama ke kakak kerja sini?”
Kakak (K) “lama jugak... 4 tahun. Sebelum ni kakak kerja kontrak pembinaan.”
(A) “peh...penat tu”
(K) “ cari makan dik, lagipun suami kakak dah jadi SUBKON.”
(A) “ peh.. maju tu...
(K) “boleh la sikit-sikit”

Pelik juga aku,baru duduk 4 tahun, suami dia dah boleh jadi SUBKON.. tapi orang kita duduk bertahun kat sini pun tak tahu nak buat kerja. Mengeluh kata tak ada kerja. Pelik tu. Dia bukan ada sijil SPM buatan malaysia, jauh sekali diploma UITM, tapi boleh gandakan wang mereka. Aku ni cakap kat orang, aku pun lebih kurang juga.

Aku sembang lebih kurang je dengan kakak tu ... lepas tu aku baca paper yang aku beli...THE SUN... 30sen.. murah.
Kakak tu pergi belakang. Tinggalkan aku kat depan tu...tempat jaga tandas... TANDAS WANITA... peh... maju tu aku... jadi penjaga tandas...
Tiba- tiba ada la 5 orang remaja (agak aku mulanya) perempuan ... pakaian seksi...3 orang pakai seluar pendek baju pulak susah nak cerita. Nak lukis tak boleh pulak, bayang je la.
Salah seorang bagi RM5 nak bayar duit tandas,
Remaja (R) “ bang, ni untuk 5 orang, mintak baki bang”
(A) “ ah sudah... saya bukan jaga tandas la..., saya tumpang je duduk sini“
Mereka pandang aku dengan muka keliru..
(R) “ habis boleh masuk tak ni?”
(A) “ masuk je dulu, keluar nanti bayar la”
(R) “orait” sambil tersengih pandang aku.
Tak lama lepas tu kakak tadi datang balik, duduk.
Tak lama lepas tu, remaja 5 orang tadi keluar...
Peh... maju tu...
Lima-lima mereka berbaju sekolah.. aku ulang... BAJU SEKOLAH..
Siap 2 orang bertudung lagi...
Peh... maju tu...
Diorang sengih kat aku dan bayar tol kat kakak tu..
Mata aku mengekori mereka sampai ke penjuru dan duduk.
Aku pandang kakak tadi dan dia tersenyum kat aku.
(A)” kakak biasa nampak ke macam ni?”
(K) “ biasa sini, budak 5 orang tu datang tengahari tadi pakai baju sekolah. Masuk tandas ni tukar baju dan naik KOMUTER ke shana. Petang macam ni, diorang sampai balik la. Masuk tandas ni, tukar balik baju sekolah.”
(A) “ hari –hari ke?”
(K) “ tak hari-hari la. Tapi selalu juga. Bukan diorang aja yang buat macam tu. Ada juga budak sekolah lain yang buat macam tu. Buat macam tu biar mak bapak diorang ingat anak diaorang pergi sekolah.”
(A) “ kira tandas kakak ni jadi transit tukar baju la?”
(K) “ hehehehe... lebih kurang macam tu la”

Aku sentuh hal ni bukan ape. Aku ada anak. Aku jadi takut sebab benda-benda macam ni la. Kita hantar diorang pergi sekolah, tapi tak sampai. Inilah dilemanya bila ibu bapa bekerja. Anak-anak terbiar dan ‘meriah’ masa sendiri. Bila aku masuk KOMUTER hari tu, jauh aku termenung. Masa aku sekolah dulu takdela sampai tahap tu. Masa berubah... peh.. maju tu...

Tuesday, April 6, 2010

kenapa macam salah je? bukan betul ke?

mardux berkata:kenapa macam salah je? bukan betul ke?

kenapa aku keluar statement macam tu?
macam ni ceritanya...
cuba anda bayangkan anda ada anak perempuan.atau anda memang ada anak perempuan
anda ajak dia keluar satu keluarga. dia bersiap..
keluar je tengok dia pakai purdah.
apa reaksi anda? itu situasi pertama.

kedua anak perempuan anda bersiap, keluar je tengok dia pakai skirt tak cukup kain.
baju tak cukup kain. tak pakai tudung
.
apa pula reaksi anda?

di sini aku nak anda fikir dan bayangkan.. mungkin ada antara anda akan kata
situasi pertama tu ok. tapi itu mungkin sekarang, aku ulang SEKARANG
apakah jawapannya pada masa akan datang.
mungkin anak-anak kita yang keluar rumah dengan berpurdah tu dah jadi pelik, jelik atau sebagainya. sebaliknya situasi kedua ni pula yang dianggap biasa.
sekarang ni pun dah banyak pengaruh.

dunia hiburan dah puas memaparkan pelbagai fesyen pakaian. daripada berkemban kepada two piece dan sebagainya.
betul lah orang kata " alah bisa tegal biasa"
tau maksudnya?
bila satu perkara yang pada asasnya tak bagus atau tak elok tetapi dipaparkan, disuakan, dihadapkan, dihidangkan secara berterusan berhari-hari lama kelamaan akan jadi biasa.
dan akhirnya kita tak perasan pun benda tu tak elok... betul ke?

sebenarnya banyak lagi contoh yang ada.
sebagai contoh lain, bila kita pergi bawa keluarga bercuti ke pantai ke taman ke.
dulu agaknya budak-budak muda ni mesti tak berani nak 'ringan-ringan' kat sana. tapi sekarang?
macam tak salah pulak. selamba je. menekup, menempel, menggosok, sampai ada yang selamba muka tak bersalah ....
MAKSIAT.

berbalik pada cerita asal tadi, bila anak kita keluar rumah pakai purdah. kita akan pandang semacam.
ha... kenapa? macam salah je? bukan betul ke?
so tepuk dada tanya selera.

Wednesday, March 3, 2010

apa sudah jadi ni..

mardux berkata: apa sudah jadi ni?

hmmm... ceritanya begini...
minggu lepas aku naik la bas ke seremban... dari KL. baru lepas Chinese New Year..
awal sampai, so dapat la aku duduk depan. sebelah tempat duduk aku kosong...
lepas 5 minit, naik la seorang lelaki cina tua. kesian dia, nak naik pun dah tak larat.
sebab aku duduk depan, kosong, jadi aku panggil dia duduk sebelah.

uncle (U)" aiya.. saya sudah tada (tak) larat wo.., sudah tua"

aku (A)" biasa la, jalan kaki jauh maa"

(A) " uncle u dari mana mau pegi mana?"

(U) " saya dari rumah anak la... singgah hospital. angkat ini ubat" sambil tunjuk sebundle ubat dia.

(A) " apa pasal uncle tak suruh anak hantar seremban?"

(U)" aiya.. sekarang aa.. semua sama.. melayu ka, cina ka, india ka, kalau raya sama macam kata itu mentri la.. satu malaysia"
konfius aku dibuatnya.. apa yang sama kalau raya?

(A) " apa pasal u cakap itu pasal?"

(U) " u tau ka? sekarang aa... kalau hari raya semua anak tak balik kampung lagi maa.. sekarang ammak (emak) sama apak (ayah)balik rumah anak ooo."

(U) " diorang semua sangat sibuk. cari duit pun tak kira lagi sama keluarga"

(A) " u duduk mana?"

(U) " saya duduk sikamat sana... tau ka?"

(A) " Sikamat.. saya tau.. macamana nak pegi sana?"

(U) " Teksi banyak maa... saya punya mini (isteri) ada sana lagi.. saya duduk rumah sendri lagi"

(A) " oh... ada lagi. anak- anak ada lagi ka?"

(U) " saya anak ada 5 orang, semua sudah besar maa... ada famili sendri, 2 orang ada KL, 1 orang ada Ipoh, 2 lagi ada ostolia (Australia).."

(A) " habis raya cina u raya kat mana? diorang tak balik ke?"

(U) " ini la saya cerita, semua sama. ini tahun aa.. anak saya KL punya raya KL. Ipoh punya betina (perempuan) ikut dia punya laki. itu 2 lagi raya sana la"

(A) " diorang pegi sana ada kerja ka?"

(U) " mana ada, diorang duduk Johor maa... "

(A) " abis tu kat sana?"

(U) " diorang raya saja maa... itu anak saya 2 jantan aa.. ikut dia punya mini la.."

(A) " jadi u raya kat mana? Sikamat la..?"

(U) " ya.. la.. tapi saya punya mini aa.. rindu sama dia punya cucu... ajak balik KL. tapi dia sudah balik dulu."

(A) " anak u hantar la..?"

(U) " mana ada? naik bas la... diorang tak sempat"

(A) " aik? tak kan tak hantar? bukan jauh pun"

(U) " ini la saya cerita, semua sama maa... saya balik lambat mau ambik ubat sana hospital (HKL)."

(A) " tapi tak pa, anak u dah berjaya"

(U) " betul ke berjaya? saya jantan tak rasa apa... tapi saya mini ada sikit kecewa la.."

(U) " kecik dulu kita jaga diorang, tak da komplen. besar jugak, sekolah, kerja, kawin"

(A) " betul la tu"

(U) " betul ka?... haiyya... penat laa.."

lama juga kami bersembang. aku tukar tajuk. taknak dia sedih..

aku bukannya bagus sangat pun. tapi aku cuba nak kaitkan tajuk dengan cerita dia pasal semua sama tu.
memang betulla... semua tak kira melayu ke cina ke india ke... nilai- nilai kekeluargaan dah mula menipis... semua dah lebihkan benda yang nampak dari benda yang dah ada...itu lah.. makin lama kita ni makin berubah.
apa sudah jadi ni?
agak- agaknya.. kalau anak dia buat macam tu, macamana la anak kepada anak dia akan buat pada dia...?

(U)

Wednesday, February 17, 2010

ada lagi

mardux berkata:Ada jugak manusia macam ni lagi...

ceritanya begini... minggu lalu, aku ngan klik ada melawat wife boss kat hospital. katanya kena operate buang batu dalam hampedu...kasihan. kami doakan dia cepat sembuh.
yang nak dijadikan cerita, semasa kami dalam perjalanan ke hospital tu kami ikut la sebuah honda civic... civic sungguh honda ni... tengah kami sejalan dengan honda ni... tiba-tiba honda ni membelok ke tengah jalan dan berhenti. peh... nasib baik kami ikut jauh.. pemandu (klik la) marah la... kutu tu siap pasang lampu hazard lagi.. mujur jalan ni tak berapa sibuk... tapi banyak juga kereta kat belakang.. tup-tup keluar si pemandu honda tadi. dia pandang kami dan angkat tangan..
kami confius lagi.. ape ke jadahnya dia berhenti tengah jalan dan keluar ni?
arrgghh...
bertambahla hangain satu badan..
tapi...
alangkah takjub, terkesima, kagum,
tanpa tertulis kami sama-sama berkata Ada jugak manusia macam ni lagi meluncur dari mulut kami...
rupa-rupanya pemandu civic ni benar-benar CIVIC
dia berhenti mengelak anak kucing kat tengah jalan dan berhenti untuk mengambil dan mengalihkannya...
tak jadi kami nak marah..
ada lagi manusia macam ni KAT KUALA LUMPUR!

Wednesday, December 16, 2009

selagi boleh...

mardux berkata: kalau dah kena buat...
tapi tak sempat...
nak cepat...
nak muat ...
begini la jadinya


















lu pikir la sendiri..

Sumber: http://www.oddee.com/item_96702.aspx

Monday, December 7, 2009

kisah sebuah kisah

mardux berkata:

dalam sebuah kisah ada sebuah lagi kisah..
kisah yang mengisahkan kisah-kisah
yang perlu diambil kisah oleh mereka yang selama ini
tidak dikisahkan.

Tuesday, August 25, 2009

mitos ke fakta

mardux berkata: aku sedut kat tukartiub.blogspot.com

Mitos ialah naratif yang dibuat bertujuan untuk memesongkan hakikat.

Contoh mitos : Raja di katakan jelmaan tuhan. Ini adalah mitos bertujuan untuk membodohkan kaum tani agar mereka memberikan tanaman mereka pada satu kumpulan manusia yang malas bekerja. Mitos ini berpanjangan dan ditokok tambah lepas satu – satu lagi ditambah. Hakikatnya mitos raja dari muntah lembu atau raja jelmaan tuhan bertujuan untuk menipu. Walhal antara raja dengan sesiapa sahaja tidak ada bezanya. Yang melahirkan perbezaan hanyalah mitos.

Contoh mitos : Pokok itu berhantu. Pokok itu wujud dan dapat dilihat dan dibuktikan. Tetapi hantu itu tidak wujud. Mitos hantu diwujudkan untuk menakut-nakut. Apabila kita takut maka kita akan mencari perlindungan. Peranan untuk melindungi kita dari hantu ialah bomoh dan dukun. Akhirnya kita tunduk pada kuasa bomoh dan dukun.

Mitos diwujudkan untuk tujuan baik dan tujuan jahat. Jangan pergi di dalam gua ini ada hantu - adalah nasehat yang bersalurkan penakutan. Nasehat ini baik kerana cuba menjaga keselamatan. Ianya juga tidak baik kerana asasnya satu pembohongan.

Hari ini mitos masih cuba di wujudkan – tetapi agak susah. Dengan kemajuan ilmu tidak ramai yang akan mempercayai mitos-mitos baru yang hendak direka. Mitos seperti angkasawan Neil Armstrong turun ke bulan terdengar suara azan. Atau mitos Bruce Lee mati kerana bersilat dengan Dicky Zulkarnain – semua ini cuba disebarkan untuk menjadi bahan lawak jenaka.

Tujuan asal mitos ialah untuk membodohkan dalam masa yang sama menakut-nakutkan orang ramai. Kalau Raja Jepun berasal Tuhan maka diharapkan rakyat Jepun akan tunduk – walhal kalau Raja Jepun ini makan petai – kencing dia tetap haring. Kalau Prince Charles tercirit baunya tetap busuk.

Lawan mitos ialah fakta. Fakta dapat dibuktikan melalui pengkajian. Ilmu pengetahuan manusia datang dari fakta dan pemikiran manusia. Semua ilmu dalam dunia ini berpunca dari tiga sumber. Pertama : Pengumpulan pengalaman. Kedua: Kaji selidik. Ketiga : Ujian dalam bilik makmal.

Mitos ini akan pecah jika kita berfikir secara rasional. Kajian ilmiah akan dapat membuktikan sama ada ianya mitos atau fakta. Jika sesutu masih dalam kajian dan belum dapat dibuktikan betul atau slah maka ianya masih di tahap teori. Satu ketika dahulu Letupan Besar/ Bing Bang hanya satu teori – hari ini telah diterima sebagai fakta. Teori menjadi fakta apabila kajian dapat dibuktikan teori ini.

Ilmu pengetahuan adalah pengumpulan pengalaman manusia dari satu zaman ke satu zaman. Buruk atau baik pengalaman ini akan menjadi panduan. Panduan ini adalah ilmu pengetahuan. Ada ilmu pengetahuan yang turun dari mulut ke mulut. Ada yang dibukukan.

Dalam negara kita ada beberapa mitos yang disebarkan. Pada ketika mitos ini disebarkan ramai warga negara kita belum bersekolah. Maka mitos ini di terima bulat-bulat. Penyebaran mitos ini memang bertujuan untuk membodohkan kita semua. Tetapi dengan adanya internet kita dapat memecahkan mitos-mitos ini melaui pengkajian berdasarkan fakta-fakta..


MITOS PERTAMA:

Hari Malaysia bukan pada 31 Ogos tetapi 16 September. BOHONG. Sabah , Serawak, Singapura dan Pesekutuan Tanah Melayu menjadi Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Singapura meninggalkan Malaysia pada 9 Ogos 1965. Tidak percaya sila tanya orang Sabah dan Serawak.

MITOS KE DUA :

Merdeka dimulakan oleh United Malays National Organisation. BOHONG. Parti yang awal memperjuangan dan melaugkan slogan MERDEKA ialah Kesatuan Melayu Muda di tubuh pada 1938. United Malays National Organisation belum wujud lagi. Apabila wujud slogan United Malays National Organisation ialah HIDUP MELAYU dan bukan MERDEKA !

MITOS KE TIGA :

Kemerdekaan didapati tanpa tumpah darah. BOHONG. Parti Komunis Malaya, Angkatan Pemuda Insap, Angkatan Wanita Sedar, Hisbul Musliman, Peta, Malayan Democtaric Union, KMM dan ribuan warga telah bangun mengangkat senjata – pada mulanya melawan Jepun – kemudian melawan British. Tanpa angkat senjata British tidak akan undur.

MITOS KE EMPAT :

Lagu Negara-Ku dikatakan lagu kebangsaan kita. BOHONG. Lagi ini bukan ciptaan warga Tanah Melayu. Peciptanya orang Peranchis bernama Pierre Jean de Beranger (1780-1857) Nama asal ialah Memula Moon. Bertukar menjadi Terang Bulan. Di zaman Konfrontasi - Radio Repuklik Indonesia memainkan lagu ini untuk mengejek Tunku yang dianggap budak suruhan British. Dari Terang Bulan menjadi Negara-ku.

MITOS KE LIMA :

Bendera Jalur Gemilang – namanya baru 5 tahun. Ini adalah tiruan bulat bulat dari bendera Amerika Syarikat yang bernama Star Spangled –Banner, Stars and Stripes dan Old Glory. Nama jalur gemilang pun di ciplak dari nama bendera Amerika. Buktinya : lihat Jalur Gemilang tidak ada motif Nusantara/Melayu – warna merah dan puteh adalah motif Nusantara - merah darah rakyat - puteh hati rakyat.Motif Nusantara ini wujud dalam bendera Singapura dan Indonesia.

MITOS KE ENAM :

Wujud perpaduan Melayu. BOHONG. Tidak ada perpaduan Melayu. Tidak pernah terjadi perpadun Melayu semenjak konsep Melayu itu wujud. Tidak mungkin adanya perpaduan Melayu seperti mustahilnya lahir perpaduan China, perpaduan Arab, perpaduan Itali , perpaduan India.

Mitos perpaduan Melayu bergerak dengan menakut-nakutkan orang Melayu dari di’telan’ oleh China dan India. Apabila Melayu jadi takut maka akan datang pembantu. Seperti mitos pokok ada hantu. Orang kampong takut pada hantu lalu memanggil bomoh untuk menghalau hantu. Ini cara klasik mitos bergerak. Takut-takut orang ramai. Apabila orang ramai takut maka mereka akan mencari perlindungan. Maka muncul United Malays National Organisation menjadi perlindung walhal yang menimbulkan kerena gerombolan ini.

MITOS KE TUJUH:

Malaysia negara unik. BOHONG. Mitos ini disebarkan untuk membodohkan rakyat negara ini yang malas membaca dan hanya suka mendengar. Mitos ini bertujun untuk menunjukkan hanya gerombolan United Malays National Organisation sahaja yang dapat memerintah kerana Malaysia unik.

Hakikatnya Malaysia tidak unik – bukan Malaysia sahaja dalam dunia ini yang berbilang kaum , yang berbilang bahasa, pelbagai agama dan budaya. Tidak ada negara yang monolith dalam dunia ini – semua ada kepelbagian. Setiap negara dalam dunia ini ada kepelbagaian.

TEKNOLOJI PECAHKAN MITOS

Lihatlah betapa teknoloji dan ilmu pengetahuan telah memecahkan mitos-mitos ini. Betapa internet telah membolehkan kita bersama-sama mencari fakta dan menilai dokumen sejarah.

Kalau dulu kita tidak tahu asal usul lagu Negara-ku – hari ini gambar dan riwayat hidup pembuat lagi ini kita kenali. Kalau dulu ada yang menerima mitos tentang kemedekaan dicapai tanpa tumpah darah. Hari ini mitos ini telah terbarai pecah. Dokument-dokumen sejarah semuanya boleh kita baca melaui internet.

Kemajuan manusia akan terus memecahkan mitos mitos yang lapuk dan berkarat ini. Teknoloji akan membebaskan manusia dari di perangkap dan di belenggu oleh mitos-mitos. Tanpa mitos manusia akan jadi berani. Insan yang berani bebas adalah insan yang berfikir. Manusia yang berfikir tidak akan tunduk kepada sesipa kecuali fikrahnya yang rasional. (TT)